» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Jualan Jimat Malaysia 2008






KARNIVAL jualan mega kembali lagi dengan nama baru, Jualan Jimat Malaysia (MSS) 2008.

Jualan itu yang sebelum ini dikenali Jualan Akhir Tahun Malaysia akan diadakan dari 29 November sehingga 4 Januari depan, menyajikan pengalaman beli belah terhebat - meliputi jualan murah, hiburan dan promosi makanan - selama 37 hari


Prapelancaran kempen jualan ini dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kompleks beli belah, The Gardens, MidValley, baru-baru ini.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ong Hong Peng dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd (AirAsia), Datuk Tony Fernandez.

Najib berkata, mereka yang bergantung kepada pelancongan sebagai mata pencarian harus menghargai perkembangan sektor itu, terutama dari segi kemasukan pelancong asing, bagi memastikan pendapatan mereka berterusan.

"Negara menerima kemasukan 20.9 juta pelancong tahun lalu dengan mencatatkan perolehan RM46.1 bilion dalam bentuk resit jualan. Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini pula kita menerima 14.7 juta pelancong asing iaitu peningkatan 4.4 peratus berbanding tempoh sama

tahun lalu.

"Antara penjana pendapatan utama sektor pelancongan ini adalah peruncitan. Kegiatan membeli-belah ini menjana keuntungan kedua terbesar selepas sektor perhotelan (penginapan) dengan menyumbang RM12.2 bilion daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pelancong," katanya.



>Info

  • Cabutan bertuah MSS dan penebusan ganjaran segera dengan MasterCard, kad kredit rasmi MSS. Pelancong asing dan warga tempatan yang menggunakan caj minimum RM200 boleh menebus hadiah di kompleks beli belah yang mengambil bahagian dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100,000.

  • Kompleks beli belah yang mengambil bahagian termasuk Queensbay Mall Penang, Danga City Mall JB, One Borneo Kota Kinabalu, Kinta City Shopping Centre Ipoh, 1 Utama (sayap lama), The Pavilion, Mid Valley Megamall, The Gardens dan Sunway Pyramid.

  • Festival "City Fringe" diadakan di Bukit Bintang setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang tempoh kempen. Berlangsung antara 5 petang dan 10 malam, pengunjung bakal dihiburkan dengan pelbagai acara hiburan, persembahan badut, pelukis dan pemuzik jalanan.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :





    VARIASI

    Santai

    lagi
    lagi
    lagi
    it@Metro
    lagi
    Dekotaman
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker