» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Jiwa resah pasti terubat

Teks dan gambar Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my



NAMANYA mungkin agak asing untuk warga kota. Namun, Air Terjun Templer Kai, Serendah memang terkenal di kalangan penduduk sekitar Hulu Selangor.

Terletak hanya tiga kilometer (km) dari pekan Serendah, destinasi menarik ini mudah dikunjungi dengan kenderaan sendiri.


Melewati kawasan ini pengunjung pasti terpesona dengan panorama alam semula jadi yang belum tercemar.

Jiwa resah pasti terubat dengan deruan air terjun yang menyegarkan. Tambahan pula apabila kunjungan anda ditemani rakan, ahli keluarga atau teman tersayang,

Pengunjung yang datang dari ibu kota tidak perlu risau kerana ada banyak kemudahan disediakan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Ini termasuk tandas, bilik persalinan pakaian dan surau.

Manakala, wakaf untuk berehat dan taman permainan kanak-kanak disediakan untuk mereka yang datang bersama ahli keluarga lebih kecil.

Bagi yang ingin menjamu selera, ada tiga unit gerai kekal didirikan di sini yang menjual makanan panas, makanan segera dan minuman segar kepada pengunjung.

Jika bernasib baik anda boleh membeli buah-buahan tempatan seperti durian, langsat, manggis dan rambutan yang dijual penduduk Orang Asli berdekatan kawasan ini dengan harga jauh lebih murah berbanding tempat lain.

Paling tidaknya, anda boleh membeli ulaman kampung seperti petai, daun kari, pucuk gajus, kelubi bukit dan daun kesom untuk dibawa pulang.

Antara aktiviti yang sesuai dilakukan bersama keluarga adalah berkelah, mandi-manda, membakar ikan sungai, memancing, menjelajah kawasan hutan dan membina istana pasir di gigi air.

Seorang penduduk, Zainurrijal Mohd Sirat, 39 , berkata kawasan air terjun ini perlu dijaga kebersihannya kerana kebanjiran pengunjung bertambah setiap minggu.

Katanya, pengunjung perlu ada kesedaran penjagaan kebersihan dengan membuang sampah sarap ke dalam tong sampah yang disediakan.

"Perkelahan di kawasan percuma ini perlu difikirkan sendiri orang ramai akan tanggungjawab sosial mereka menjaga tempat awam agar tidak dicemari setiap masa.

"Saya sentiasa membawa keluarga 'makan angin' di sini untuk menenangkan perasaan kerana dekat dengan rumah," katanya.



>Info

> Kawasan Air Terjun Templer Kai terletak kira-kira 30 kilometer (km) dari Kuala Lumpur.

> Destinasi popular berdekatan dengan Kampung Orang Asli Ulu Melaka di Serendah ini sudah lama menjadi tumpuan penduduk tempatan dan kawasan sekitar termasuk dari Kuala Lumpur untuk bersantai bersama keluarga pada hujung minggu.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker