» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai 'Kesucian' Loagan Bunut

Oleh Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my


JAUH perjalanan luas pengalaman adalah perumpamaan biasa bagi mereka yang sukakan cabaran atau suasana baru.

JAUH perjalanan luas pengalaman adalah perumpamaan biasa bagi mereka yang sukakan cabaran atau suasana baru.

Bagi segelintir orang, mungkin agak asing untuk memilih kawasan hutan paya gambut sebagai destinasi percutian. Namun, ia mungkin memberi pengalaman yang sukar dilupakan terutama bagi mereka yang mahu dekat dengan alam sekitar.


Nama Taman Negara Loagan Bunut mungkin kedengaran agak janggal. Perjalanannya saja mengambil masa begitu lama iaitu kira-kira empat jam walaupun terletak kira-kira 120 kilometer (km) saja dari Miri. Ini berikutan sistem jalan raya yang kurang baik.

Namun, semuanya berbaloi apabila menyaksikan keindahan tasik di taman ini. Ekosistem dan sumber hidupan tasik yang masih suci daripada pembangunan menjadikannya sebagai destinasi popular bagi pencinta alam sekitar dan pelancong asing.

Terletak dalam hutan yang dilindungi di utara Sarawak, Loagan Bunut adalah tasik semula jadi terbesar di Sarawak. Kawasan seluas 650 hektar di antara Sungai Tinjar, Sungai Teru dan Sungai Bunut, diwartakan sebagai taman negara pada 1 Julai 1990.

Loagan Bunut yang bermaksud tasik besar mendapat nama daripada suku kaum Berawan, masyarakat etnik Sarawak yang paling banyak mendiami kawasan berkenaan. Uniknya, paras air tasik ini berubah sepanjang tahun, bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Apa yang menarik, sepanjang empat jam perjalanan, pengunjung dapat menyaksikan hutan tebal serta pemandangan rumah panjang suku kaum Berawan, Iban dan Penan. Perkampungan suku kaum ini, bagaimanapun memiliki kemudahan asas termasuk sekolah, balai raya dan restoran.

Sebaik sampai ke Loagan Bunut, aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah mengelilingi tasik untuk menikmati keindahan panoramanya.

Selain itu, boleh juga menyusuri sungai menggunakan bot sewa yang disediakan Persatuan Bot Pelancong Loagan Bunut.

Pelancong juga pasti berkesempatan menyaksikan kaedah penangkapan ikan secara tradisional dikenali selambau oleh masyarakat Berawan. Menerusi kaedah ini, penangkap ikan perlu menggunakan pukat besar dikawal buluh panjang bagi memudahkan mereka menarik ikan besar.

Oleh kerana tasik ini menampung banyak hidupan air khususnya pelbagai spesies ikan seperti sepat, kaloi, betutu, keli, sembilang, merah mata, toman serta puyu, maka di situ boleh dilihat penduduk memasang selambau di sepanjang Sungai Bunut dan Teru.

Selain suku kaum Berawan, terdapat dua lagi etnik iaitu Iban dan Penan. Memandangkan suku Berawan paling ramai menetap di kawasan tasik ini, masyarakat ini saja diberi hak keistimewaan untuk menangkap ikan, memburu dan mengambil hasil hutan.

Terlanjur ke sini, jangan lupa mengunjungi dan mengetahui cerita di sebalik tiga kawasan perkuburan masyarakat Berawan yang masing-masing terletak di Pulau Bukit Tengah, Sungai Bunut serta Sungai Buran.

Kawasan perkuburan ini juga menjadi mercu tanda kepada Loagan Bunut kerana menyimpan banyak rahsia masyarakat Berawan. Suatu ketika dulu, tempat berkenaan menjadi tapak pengebumian mayat keluarga Berawan berkasta tinggi.

Sejak berdekad lamanya, kawasan perkuburan ini dibiarkan tanpa sebarang gangguan. Malah dari jauh, agak mengerikan melihat banyak bendera putih digantung pada kawasan perkuburan ini yang melambangkan status tertinggi keluarga masyarakat Berawan itu.

Di samping kawasan perkuburan ini, satu lagi daya tarikan pelancong ke Loagan Bunut adalah lejeng.

Lejeng dalam bahasa Berawan bermaksud struktur dua batang kayu didirikan bagi menyokong keranda yang diletakkan di tapak perkuburan berusia ratusan tahun. Ia juga kaedah pengebumian lama bagi masyarakat Orang Ulu.

Aktiviti memerhati burung enggang dan haiwan mamalia juga amat popular untuk pencinta alam. Loagan Bunut juga menjadi destinasi penghijrahan burung pada November hingga Januari kerana tempat ini kaya dengan hidupan ikan dan tumbuhan.

Kepelbagaian flora dan fauna unik iaitu 23 spesies serangga serta reptilia, haiwan mamalia dan 80 spesies tumbuhan herba yang berpotensi digunakan sebagai ubatan tradisional direkodkan di kalangan penyelidik dan masyarakat Orang Asli di situ.

Oleh kerana waktu perjalanan ke Taman Negara Loagan Bunut selain tempoh untuk melawat sepenuhnya tasik ini mengambil masa sehari, pelancong akan menetap beberapa hari di chalet dan hostel di sini yang menyediakan pakej makanan serta penginapan selesa.

Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM10, pelajar (RM5) dan secara berkumpulan lebih daripada lima orang (RM30). Sewa bot mengelilingi tasik adalah RM60. Pakej penginapan hostel dan chalet adalah antara RM15 hingga RM150 sebilik.



>Info

Taman Negara Loagan Bunut

  • Taman Negara ini merangkumi sebuah tasik semula jadi seluas 650 hektar persegi di antara Sungai Tinjar, Sungai Teru dan Sungai Bunut.

  • Tasik Loagan Bunut terletak dalam hutan rizab di utara Sarawak. Ia adalah tasik semula jadi terbesar di Sarawak dan diwartakan pada 1 Julai 1990.

  • Aktiviti popular adalah mengelilingi seluruh tasik ini dengan bot sewa, memerhati burung enggang serta menyaksikan kaedah penangkapan ikan selambau oleh masyarakat Berawan.

  • Ada tiga kawasan tanah perkuburan masyarakat Berawan di Pulau Bukit Tengah, Sungai Bunut dan Sungai Buran. Terdapat lejeng oleh masyarakat Berawan.

  • Terdapat 23 spesies serangga serta reptilia seperti cicak, ular dan buaya, 80 spesis tumbuhan herba, 4 spesies pokok periuk kera, haiwan mamalia seperti kura-kura dan rusa.

  • Kemudahan pakej penginapan seperti chalet dan hostel serta makanan disediakan.

  • Cara ke sana: Perjalanan dari Miri ke Loagan Bunut adalah kira-kira 120 kilometer.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :





    VARIASI

    Santai

    lagi
    lagi
    lagi
    it@Metro
    lagi
    Dekotaman
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker