» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Singapura bercahaya sambut Krismas

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



SAMBUTAN Christmas in Tropics pada tahun ini dilancarkan dengan upacara menyalakan lampu krismas di Ngee Ann City Civic Plaza, Singapura, baru-baru ini.

Serentak dengan itu, seluruh jalan utama di kota berkenaan bergemerlapan dengan kerlipan cahaya warna-warni sepanjang empat kilometer (km).


Pengunjung yang melalui Orchard Road, Scotts Road dan Tanglin Road bakal dikejutkan dengan cahaya daripada gula-gula, coklat, kek serta donat gergasi. Taman tema yang melatari kawasan beli-belah utama Singapura sehingga Marina Bay ini adalah hasil kerja pasukan kreatif yang diketuai pengarahnya, Dick Lee.

Berbanding tahun lalu, tema tahun ini A Sweet Christmas in Singapore, mengabadikan kisah keluarga bahagia yang memiliki kedai gula-gula dan menyambut kemeriahan Krismas di tengah kota. Justeru, pengunjung juga bakal bertemu karakter utama keluarga ini termasuk Mr dan Mrs Sweet serta tiga anak mereka .

Bukan saja berpeluang merakamkan kenangan bersama keluarga Mr Sweet, pengunjung boleh membeli pelbagai produk edisi terhad termasuk donat, coklat dan beg mesra alam, di samping menyertai demonstrasi membuat gula-gula di sepanjang Orchard Road.

Mahu melihat dekorasi indah di sepanjang jalan utama ini? Apa kata sertai Christmas Light-Up Tour menerusi bas tanpa bumbung secara percuma.



ACARA UTAMA

  • Persembahan jalanan termasuk koir, tarian pelbagai kebudayaan termasuk dari Brazil, Taiwan, Indonesia, Hawaii, Australia dan Filipina di sepanjang Orchard Road. Nyanyian pokok Krismas akan bergema di Plaza Singapura manakala konsert kemuncak di depan Ngee Ann City Civic Plaza.

  • Kalendar persembahan hiburan akhir tahun di Singapura bakal dimeriahkan dengan konsert Sting, Andy Lau, Edin Karamazov dan Fahrenheit. Persembahan balet Nutcracker, pantomin Snow White & the Seven Dwarfs dan Sesame Street.

  • Parti terbesar ZoukOut kembali diadakan di Sentosa pada 13 Disember manakala pertunjukan bunga api malam tahun baru, The Jewel Box dan Marina Bay.



    PROMOSI UNTUK PELANCONG

  • Percutian Percuma Kanak-Kanak - Keluarga dengan anak kecil bakal menikmati promosi istimewa termasuk kemasukan dan hidangan percuma dua kanak-kanak untuk setiap dua tiket dewasa di lebih 20 tempat menarik termasuk Singapore Flyer, HiPPO River Cruise, Singapore River Cruise, Jurong BirdPark, Singapore Zoo dan Sentosa. Kafe dan restoran termasuk Hard Rock Cafe, Billy Bombers dan Indian Grill.

  • Parti Percuma - Nikmati 'satu untuk satu' minuman percuma atau kemasukan tanpa bayaran menerusi promosi ini termasuk di Loof, Thumper, Zouk, Bar None, Attica dan St James Power Station.

  • Diskaun istimewa untuk pemain MP3 dan iPod di Funna DigitalLife Mall dan Epicentre. Audio House pula menawarkan diskaun hampir RM2,000 untuk kamera digital Nikon D60 SLR. Peminat spa pula bakal dibelai menerusi spa di sekitar Orchard dan Marina Bay.

  • Mereka yang berbelanja melebihi SD300 yang dicaj pada kad MasterCard layak menerima baucer teksi bernilai SD20 secara percuma. Penebusan hadiah dan ganjaran juga boleh dibuat di Pusat Pelancong Singapura di Orchard Road.

  • Kompleks beli-belah utama akan melanjutkan waktu operasi terutama pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari www.visitsingapore.com atau kunjungi Pusat Pelancong Singapura di Bukit Bintang dan Johor Bahru.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :





    VARIASI

    Santai

    lagi
    lagi
    lagi
    it@Metro
    lagi
    Dekotaman
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker