» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Guilin paling bersih di China

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my


NAMA Guilin mungkin tidak segah kota metropolis seperti Beijing dan Shanghai, namun bandar di Guangxi dengan penduduk kira-kira 4.9 juta orang ini sudah lama berkembang sebagai destinasi pelancongan utama di tanah besar China.

NAMA Guilin mungkin tidak segah kota metropolis seperti Beijing dan Shanghai, namun bandar di Guangxi dengan penduduk kira-kira 4.9 juta orang ini sudah lama berkembang sebagai destinasi pelancongan utama di tanah besar China.

Keindahan bandar ini sudah lama menarik perhatian pembikin filem Barat. Pemandangan indah banjaran bukit batu kapur yang seakan "bertaburan" di seluruh wilayah ini pernah dijadikan latar utama dalam Painted Veil, adaptasi novel dengan judul sama hasil tulisan W Somerset Maugham dan Star Wars: Episode III.


Landskap semula jadi dengan formasi unik bukit batu kapur, aliran sungai dan tasik yang jernih ini memberi identiti unik kepada Guilin. Bandar moden ini juga dicanangkan antara kota terbersih di China, dengan sebahagian besar dibina antara enam hingga lapan tingkat bagi menjaga pemandangan indah di sekelilingnya.



TARIKAN DALAM BANDAR

Dua sungai utama iaitu Lijiang dan Peach Blossom manakala empat tasik, Shahu, Ronghu, Guihu dan Mulong, asalnya adalah terusan ketika pemerintahan Dinasti Tang, kini menjadi tarikan utama di tengah kota.

Keindahan taman tasik yang disinari cahaya lampu kecil ini boleh dinikmati apabila menyertai pakej Two Rivers & Four Lakes pada malam hari. Pelayaran menyusuri tasik ini bakal melewati 19 jambatan, Sun & Moon-pagoda setinggi 41 meter dibina menggunakan tembaga dan monumen warisan seperti Ancient South Gate.

Majoriti reka bentuk jambatan mengabadikan seni bina jambatan utama dunia termasuk Golden Gate San Fransisco. Setiap satu jambatan ini juga tampil dengan ciri berbeza ada yang diperbuat sepenuhnya daripada kristal, manakala sesetengahnya mengabadikan kehalusan kaligrafi puisi lama China.

Namun, sesuatu yang menarik apabila melihat persembahan opera dan persembahan muzik oleh warga emas yang diadakan di taman di sekitar tebing tasik secara percuma. Menariknya, ia turut mengundang penonton daripada pelbagai lapisan usia.

Siang hari, kebanyakan pelancong tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan di Elephant Trunk Hill, bukit bersejarah dengan gua di gigi Sungai Li yang menjadi mercu tanda kepada Guilin sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Fubo Hill di Wave Tamming Park yang terletak tidak jauh dari situ pula mengandungi beberapa gua kecil termasuk Returning Pearl sepanjang 128 meter, menempatkan pelbagai ukiran patung Buddha dan loceng besi gergasi seberat 2.5 tan dari dinasti Qing.

Gua Reed Flute di Guangming Hill, tujuh kilometer dari Guilin pula menjanjikan seribu satu macam formasi stalaktit dan stalagmit di sepanjang laluan 500 meter, termasuk air terjun tergantung, singa dan pelbagai bentuk bunga.



MENYUSURI SUNGAI LI

Kunjungan ke Guilin bukan saja tidak lengkap malah boleh dikatakan tidak berbaloi jika tidak berpeluang menyaksikan pemandangan indah banjaran batu kapur, lembah hijau dan aliran jernih sepanjang Sungai Li.

Pelayaran dengan bot di waktu pagi bagi menyaksikan landskap lukisan China ini sudah mampu membuatkan mereka yang pertama kali menyaksikannya jatuh hati. Apatah lagi, apabila melihat cahaya dari balik gunung menyimbah ke dasar Sungai Li yang jernih ini.

Sepanjang perjalanan menyusuri sungai ini, pelancong juga dapat melihat keunikan cara penduduk kampung menangkap ikan menggunakan burung Osprey.

Menariknya, burung Osprey mampu menyelam jauh ke dasar sungai ini memburu ikan menggunakan paruhnya yang besar. Bagaimanapun, terlebih dulu, pemiliknya akan mengikat leher dengan tali untuk memastikan ikan tadi tidak dimakan terus oleh burung.

Apabila naik kembali ke bot, tuan burung ini hanya perlu mengurut paruh burung untuk mengeluarkan hasil tangkapan. Pelayaran menyusuri Sungai Li ini memakan masa kira-kira dua jam setengah dan berakhir di Yangshuo.



YANGSHUO

Bandar kecil di pedalaman ini turut memiliki pelbagai tarikan menarik termasuk West Street, pusat komersil dengan jeti kecil yang menempatkan pelbagai kafe, restoran dan kedai cenderamata.

Sejarah bertitik tolak daripada aktiviti perdagangan menjangkau 1,500 tahun dan kini menjadi tumpuan warga asing yang ingin mempelajari bahasa Mandarin dan sebaliknya.

Tidak jauh dari situ, Shang-ri La Guilin atau Land of Peach Blossom pula menempatkan suasana perkampungan etnik lengkap dengan kincir air, tasik dan persembahan hiburan kaum minoriti.

Pelayaran Sungai Li juga turut melewati Crown Cave yang memiliki anak sungai bawah tanah sepanjang 12 km mengalir ke Sungai Li. Bagaimanapun, untuk ke gua ini, pelancong perlu menaiki bas selama 40 minit dari Guilin.

Jangan terkejut jika diberitahu, gua ini memiliki lif setinggi 12 tingkat. Sudah lama dibangunkan sebagai destinasi pelancongan, ia menawarkan pengalaman menaiki kereta bumper, kereta api dalam gua dan bot menyusuri sungai bawah tanah.

Terlanjur ke sini, jangan lupa akhiri kunjungan dengan menaiki kereta kabel untuk ke puncak Gunung Yao bagi melihat pemandangan indah sebahagian besar Guilin.



TAMAN TEMA

Guilin Merryland, taman tema terbesar di wilayah ini. Dibangunkan atas tapak seluas kira-kira 90 hektar pada 1997, ia meliputi taman tema berteknologi tinggi, hotel lima bintang dan kompleks padang golf.

Taman tema ini merangkumi lima seksyen utama - Merry Town, American Western, Dream World, Pirate Village, South Pacific and Forest yang setiap satunya menawarkan pengalaman dan tema berbeza.

Seksyen utama ini dibahagikan Tasik Ling, tasik semula jadi yang menjadi legenda di kalangan penduduk tempatan. Tarikan utamanya termasuk jambatan tradisional, pagoda, terjunan bungee dan persembahan koboi.



MESTI KUNJUNG

Bersandarkan filem Shanjie Liu pada 1961, persembahan teater air semula jadi terbesar dunia dengan tenaga kerja melebihi 600 orang ini mengadakan persembahan sulung pada Mac 2004.

Sejak itu, Impression of Sanjie Liu menjadi agenda wajib pelancong ke Guilin. Terbahagi kepada tujuh segmen, ia memaparkan legenda dan keindahan Sungai Li menerusi persembahan cahaya dan bunyi dengan berlatarbelakangkan pemandangan indah banjaran bukit batu kapur.

Persembahan teater air di bawah arahan Zhang Yumoa ini turut berubah tema mengikut empat musim panas, sejuk, luruh dan bunga. Sambutan daripada pelancong asing sungguh hebat sehingga dua persembahan diadakan pada satu malam.

Satu lagi pilihan adalah Dreamlike Lijiang Show yang menghidangkan gabungan persembahan akrobatik, sarkas, balet, bunyi dan cahaya dalam dewan tertutup. Pengunjung pasti terpesona dengan aksi akrobatik mengagumkan diselang-selikan dengan nyanyian dan tarian daripada penari cilik.

Jangan lupa untuk mengunjungi pusat beli-belah bawah tanah atau Hong Kong kecil di tengah Guilin

Dari dataran ini, pelancong boleh membeli-belah di pasar malam atau menyaksikan air terjun dari Merryland World, pada 8.30 malam, setiap hari.



PANDUAN HALAL

>Masjid Jamek Guilin berusia lebih 300 tahun dan terletak di tengah kota boleh memuatkan 200 jemaah pada satu-satu masa. Ia adalah lima masjid di Guilin yang menjadi tempat berhimpun kepada lebih 8,000 penganut Islam di wilayah ini.

Berdekatan masjid ini, ada beberapa restoran halal menyajikan hidangan halal dengan menu masyarakat tempatan.



>Info

AirAsia (www.airasia.com.my) mengadakan empat penerbangan terus seminggu antara Terminal Tambang Rendah Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Liangjiang di Guilin.

AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan dari Malaysia yang menawarkan perkhidmatan terus antara kedua-dua bandar raya itu.

Pearl Holiday (www.pearlholiday.com) umpamanya menyediakan pakej percutian Muslim yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pelancong Muslim negara ini. Hubungi, 03-89249999 dan 03-92228922.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker