» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Jejak air terjun tersorok

Teks dan gambar Bani Manjaya
rencana@hmetro.com.my



TAWARAN rakan daripada kumpulan pacuan empat roda, Middle Earth untuk menjejaki tiga air terjun di tengah hutan tebal di Jerantut, Pahang, baru-baru ini disahut penulis dengan perasaan bercampur-baur.

Apatah lagi apabila diberitahu, air terjun jarang dilawati penduduk setempat kerana lokasinya jauh tersorok di tengah belantara.


Selepas peserta konvoi pacuan empat roda berhenti rehat di Kem Telor, penulis bersama empat rakan meninggalkan tapak perkhemahan dengan berjalan kaki, merentasi denai hutan.

Mengikut perancangan, selepas mengunjungi ketiga-tiga air terjun, kami keluar hutan sebelum lewat petang. Seperti dijangka, kami tiba di air terjun pertama iaitu Lata Selesa, selepas tiga jam berjalan kaki.

Penat menempuh perjalanan berliku, kami berehat seketika sebelum menikmati makan tengah hari.

Menariknya, air terjun ini amat mendamaikan dengan banyak batu besar seolah-olah kawasan sekitarnya dijaga seseorang.

Lain pula halnya dengan Lata Lebah, air terjun kedua yang kami temui selepas berjalan kaki kira-kira dua jam kemudian.

Dengan ketinggian kira-kira 12 kaki, air terjun ini hanya boleh ditemui jika dijejaki sama ada dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan pacuan empat roda mengikut denai.

Lata ini memiliki kolam air agak luas tetapi sayangnya tahap air agak dalam dan dipenuhi batu besar. Justeru, niat asal untuk berendam terpaksa dilupakan memandangkan penulis kurang mahir berenang.

Hari yang semakin lewat menyebabkan kami meneruskan perjalanan ke air terjun ketiga.

Perjalanan kira-kira 15 minit menemukan kami dengan air terjun yang tersorok ini. Menariknya, air terjun ini yang menuruni bukit tiba-tiba "hilang" apabila meresap masuk ke dalam tanah.

Difahamkan, ciri unik ini yang memberi gelaran kepada air terjun tanpa nama rasmi ini oleh peminat sukan lasak.

Kami mengambil kesempatan mandi sebelum meneruskan perjalanan pulang. Pengalaman lasak kami bagaimanapun tidak berakhir di situ.

Kumpulan kami tersesat selepas beberapa kali tersalah memilih laluan. Selepas meredah empat sungai dan mendaki bukti curam, akhirnya kami tiba di Kem Telor, menjelang lewat malam.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker