» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Latar cinta kampus

Oleh Noriah Idris



TRANSFORMASI kehidupan yang mencabar tetapi penuh inovatif diri serta semangat gigih menjadi inspirasi kehidupan dijulang Fair and Lovely dalam pemilihan cerpen terbaiknya.

Pertandingan cerpen MiniNovella Fair & Lovely Penuhi Hasrat Hatiku, anjuran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd diadakan buat kali kedua dengan kerjasama Harian Metro, memilih 10 pemenangnya, baru-baru ini tetapi hanya mengangkat sebuah cerpen untuk dijadikan drama bersiri popular untuk disiarkan di TV9.

Menurut Pengarah K Publishing Sdn Bhd, Khadijah Hashim, selaku juri mengakui penyertaan lebih memberangsangkan selain kualiti cerpen lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, cerpen tahun ini lebih optimis mengangkat tema cinta selain elemen positif seperti kekeluargaan, kegigihan dan ciri lain yang menepati syarat pertandingan.



“Mengekalkan tema cinta sebagai persoalan sejagat, 90 peratus penyertaan diterima terdiri daripada wanita dan kebanyakannya pelajar institusi pengajian tinggi.

“Boleh dikatakan kebanyakannya memilih latar cinta kampus, kemudian berpisah dan bertemu semula,” katanya ketika menghadiri mesyuarat pemilihan 10 cerpen terbaik di pejabat Harian Metro, Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mawar Shafie, ketika ditanya pandangannya menyatakan, plot dan olahan bahasa menarik menjadi pertimbangan penting dalam pemilihan pemenang pada pertandingan kali ini.

“Ada beberapa cerpen yang mempunyai plot atau jalan cerita yang dijalin dengan baik oleh penulisnya. Dengan penguasaan bahasa lebih baik, ia sekali gus membuktikan peserta semakin matang dalam kebanyakan cerpen yang dihasilkan.

“Tidak dinafikan ramai peserta yang sudah ada nama dalam penulisan cerpen atau novel turut mencuba tetapi kemenangan tidak berpihak kepada mereka.

“Walaupun kebanyakan yang tersenarai dalam 10 finalis tidak punya nama besar, penulisan mereka yang meyakinkan, matang serta pengisian mantap memberi kelebihan kepada mereka,” katanya.

Pengarah Nuansa Film, Osman Ali, pula mengakui cabaran mengembangkan cerpen untuk menjadi sebuah siri televisyen bukan suatu kerja mudah.

Sebaliknya, ia memerlukan kreativiti, komitmen dan banyak mencabar dirinya untuk menokok tambah untuk menjadikannya lapan episod yang menyelitkan unsur pengajaran dan transformasi kehidupan positif untuk dihidangkan kepada khalayak.

“Sebagai pengarah, saya mengambil kira pelbagai aspek untuk drama berbentuk telefilem ini bagi meninggalkan kesan baik kepada penonton dengan kelebihan tersendiri.

“Saya turut difahamkan rating untuk drama sebegini di TV9 amat digemari dan memberangsangkan kerana stesen televisyen ini bersifat mesra penonton,” katanya.

Selain tiga juri itu, turut hadir, Pengarang Rencana Harian Metro, Roslan Ibrahim; ketua syarikat penerbitan Red Communications Sdn Bhd, Lina Tan dan Pengurus Jenama Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Melissa Yeoh.

Sementara itu, 10 cerpen yang berjaya menambat hati juri itu akan disiarkan di Harian Metro mulai 26 September ini.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker