Bedak asas ringan, lembap
KULIT yang kering benar-benar memerlukan lembapan. Justeru, antara cara yang boleh dilakukan adalah menggunakan bedak asas yang berupaya meningkatkan kelembapan kulit.
Menerusi Supermoisture Makeup baru daripada Clinique, bahan yang mengekalkan kelembapan digabungkan dengan rumusan gel krim moden yang ringan untuk menyediakan kelembapan berlebihan serta menjadikan kulit berseri dan menyihatkan.
Ia satu penyelesaian yang sesuai untuk wanita yang memiliki kulit kering dan kombinasi.
Supermoisture Makeup boleh dipakai untuk tempoh yang lama dan membangkitkan seri pada wajah dalam kadar serta-merta sambil membasahkan kulit dengan kelembapan.
Antara manfaat bedak asas yang cukup ringan itu termasuk bahan pengekal kelembapannya yang memberikan kelembapan ketara serta-merta sepanjang hari.
Ia turut membantu memperbaiki warna kulit serta membuatkan kulit kelihatan segar.
Tidak seperti bedak asas lain untuk kulit kering yang membuatkan kulit seseorang berasa berat dan berkerak, Supermoisture Makeup membuatkan kulit berasa lembut dan kelihatan semula jadi.
Diuji oleh pakar dermatologi, bedak asas berkenaan juga 100 peratus bebas daripada pewangi serta sesuai biarpun untuk kulit paling sensitif.
Antara bahan semula jadi yang digunakan untuk merumus bedak asas terbabit termasuk ekstrak zaitun, kranberi dan birch. Air daun aloe turut menjadi sebahagian daripada rumusan yang membantu melembap dan melembutkan kulit.
Satu lapisan unik yang membentuk campuran polimer berserta kombinasi pigmen khusus, membolehkan produk terbabit digunakan sepanjang hari dan mengekalkan warnanya.
Bedak asas yang disediakan dalam pilihan warna untuk mereka yang berkulit sangat cerah sehingga gelap itu boleh didapati pada harga RM100 untuk kandungan 30 mililiter mulai September ini di kaunter Clinique.
Mulai 17 September sehingga 7 Oktober ini, dapatkan bedak asas yang disesuaikan untuk kulit masing-masing untuk membantu wajah tampil menarik. Clinique mengalu-alukan wanita daripada pelbagai jenis dan warna kulit untuk mendapatkan khidmat rundingan mengenai bedak asas.
Dapatkan bekalan bedak asas selama tujuh hari yang sesuai dengan kulit anda di kaunter Clinique yang sah tanpa perlu melakukan sebarang pembelian.
|