» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Si cilik gigih puasa di bumi Jepun





MEREKA hanya mula berpuasa ketika berada di negara orang, namun keazaman dua beradik yang masih berada di bangku sekolah rendah itu turut mengagumkan rakan dan guru bukan beragama Islam di sekolahnya.

Nur Idin Abdul Adam, 10, dan adiknya, Nur Najwa, 8, juga tidak pernah ponteng berpuasa meskipun masing-masing aktif bersukan sejak bersekolah di Sekolah Rendah Kitajima, di Tokushima, Jepun.

“Waktu orang lain makan, guru kami membawa kami berdua ke bilik bacaan untuk membaca buku atau melukis,” kata Nur Idin.

Hanya mereka berdua pelajar Muslim di sekolah berkenaan dan mereka mula berpuasa sejak masing-masing berusia tujuh tahun.



Tetapi sebelum itu, dua beradik berkenaan harus melakukan rutin harian iaitu mengenakan apron dan mengemas meja untuk menghidang makanan tepat pada jam 12 tengah hari.

Cuma sepanjang Ramadan, mereka tidak perlu makan sebaliknya dibawa guru ke tempat lain untuk membaca atau melukis.

Ayah mereka, Abdul Adam Abdullah, 37, dan isteri, Mawarni Yusmi Yusof, 37, mengakui tidak pernah memaksa anak mereka untuk berpuasa.

“Kami juga terangkan pada guru mereka tiada tekanan untuk anak-anak kami berpuasa. Jika mereka tak tahan, mereka boleh berbuka bila-bila masa, tetapi masing-masing tetap bertegas mahu berpuasa walaupun di tanah air, mereka tidak pernah mencuba untuk berpuasa,” katanya.

Abdul Adam yang kini mengikuti pengajian doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan mekanikal berkata, tidak sukar memberi penjelasan kepada pihak sekolah mengenai tuntutan agama terhadap ibadat berpuasa di kalangan umat Islam.

“Guru di sekolah memberi perhatian serius terhadap perkara ini manakala rakan sekolah anak-anak kami juga tidak minum atau makan di hadapan mereka.

“Guru mereka juga kagum dengan keupayaan kanak-kanak sekecil itu berpuasa, malah pernah mencabar rakan sekelas yang lain untuk berpuasa seperti mereka,” katanya yang sudah berada di Tokushima sejak tiga setengah tahun lalu.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker