» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Hati terpaut di Tokushima

Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.my


RINDU pada kampung halaman memang tidak terperi namun persekitaran hidup yang begitu mendamaikan dan kos sara hidup yang tidak begitu tinggi di Tokushima, pulau Shikoku, Jepun itu cukup bermakna buat kelompok kecil warga Malaysia di sana.

Lantas tidak hairan jika ada yang sudah berkampung di penempatan yang cukup selesa dan menyenangkan itu sejak di zaman remaja lagi seperti Saharuddin Mohamad, 35.

Hatinya terpaut dengan nilai kemanusiaan yang tinggi di kalangan penduduk setempat malah menurutnya, persekitaran yang selamat di situ membuatkannya tidak teragak-agak untuk menjalani kehidupan berkeluarga di situ sejak lebih 10 tahun lalu.

“Sikap masyarakat di sini memang harus dipuji. Di samping sikap mereka yang sangat menjaga kebersihan kemudahan awam, kadar jenayah di sini memang rendah.



“Bayangkan, biasanya rumah kami boleh dibiarkan begitu saja tidak berkunci,” katanya sewaktu ditemui di kawasan kediaman yang menempatkan sekelompok warga Malaysia yang mengikuti pelbagai peringkat pengajian di Tokushima, baru-baru ini.

Memulakan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biologi sehinggalah ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah, Saharuddin menyifatkan kehidupan di kawasan perkampungan itu tidak membebankan apatah lagi ramai kenalan di situ.

Saharuddin, anak kelahiran Kampung Bukit Kecil, Kuala Terengganu yang bertugas sebagai penyelidik, mendiami Tokushima bersama isterinya, Adiratna Mat Ripen, 34, yang kini melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah di Universiti Tokushima dan anak lelaki mereka yang baru berusia tiga tahun.

Azian Md Nor, 28, pula menjadi sebahagian daripada warga Tokushima gara-gara mahu meraih pengalaman hidup di negara orang.

Sejak setahun setengah lalu, dia mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah bahasa swasta yang diakui banyak mendekatkan dirinya pada budaya di bumi asing itu.

“Alhamdulillah, saya tak putus dengan makanan kerana ada saja pelajar yang menghantar sayur-sayuran ke rumah. Maklumlah, mereka hidup di kawasan kampung yang banyak hasil pertanian.

“Sewa rumah juga tidak begitu mahal berbanding di kawasan yang lebih sibuk. Justeru, boleh dikatakan saya mampu menyimpan wang dengan lebih baik hasil pendapatan di sini berbanding sewaktu bekerja di Kuantan dulu,” kata gadis bujang yang bakal menyambut Aidilfitri kali kedua di perantauan itu.

Rakan mereka yang kini mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah, Wan Nazatul Shima Shahidan, 31, turut mengakui kos sara hidup yang rendah termasuk sewa kediaman dan makanan yang agak murah, memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian.

“Di pulau ini juga tak banyak gempa bumi,” katanya yang fasih berbahasa Jepun dan ditemani suami, Ahmad Amharie Zainal Bakri, 31, berserta cahaya mata comel, Nur Alya Humaira, 2.

Pasangan muda, Anuar Mohamed Kassim, 25, dan Noor Emilia Shaharuddin, 24, memilih kepulauan berkenaan lantaran kehidupan masyarakatnya yang cukup berbeza dengan kehidupan di kota.

“Kehidupan di sini tidak terkejar-kejar berbanding dengan kehidupan di Osaka atau Tokyo. Malah, selain persekitaran yang selamat, cuaca di sini pun baik,” kata Anuar yang kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Elektrik Elektronik (Robotik).

Bagi Zuraidah Ngadiron, 30, yang baru empat bulan menemani suaminya meneruskan pengajian di situ, pula mengakui kehidupan masyarakat setempat yang begitu harmoni. Apapun, katanya, memang agak sukar untuk menjalani rutin seharian jika langsung tidak memahami bahasa Jepun.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker