'Inilah dunia saya'
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
Gambar Nordin Abdullah
 |
“SAYA akui sejak menjadi jurulatih selam skuba, masa untuk bersosial agak terhad kerana jadual seharian yang cukup padat. |
“SAYA akui sejak menjadi jurulatih selam skuba, masa untuk bersosial agak terhad kerana jadual seharian yang cukup padat.
“Setiap hari ada saja pelancong yang ingin menyelam, semakin ramai waktu hujung minggu dan cuti sekolah. Sebagai jurulatih, saya perlu menunaikan tanggungjawab melatih mereka,” kata satu-satunya jurulatih selam skuba wanita di pulau Tioman, Zanarita Nasir, 37.
Diari kehidupan Zanarita yang menetap di Kampung Salang terus berubah sebaik saja memiliki lesen Jurulatih Selam Laut Lepas dan Jurulatih Selam Kanak-Kanak awal tahun ini.
Jadual sehariannya padat kerana kerjayanya memerlukannya melakukan segala tugas dan menyediakan kelengkapan sendirian, malah dia jugalah yang akan menyorong semua keperluan menyelam ke jeti tanpa bantuan, sekali gus memunggahnya ke bot.
Antara dasar laut yang sering diteroka bersama anak-anak didiknya ialah di Pulau Labas, Rengis, Batu Malang, Tulai dan Chebeh yang memiliki pelbagai spesies ikan serta terumbu karang cukup cantik.
“Saya tiada pembantu, apatah lagi kerjaya ini tidak membenarkan saya berehat. Tetapi saya tetap gembira kerana berjaya melahirkan lebih ramai penyelam, malah saya tidak dapat mengingati jumlah pelajar yang berjaya mendapat lesen,” katanya dalam satu pertemuan sempena Tioman Mega Dive (TMD) 2008 di Kampung Salang, Tioman, baru-baru ini.
Menurutnya, selepas berhenti kerja dengan sebuah syarikat perkapalan, dia melahirkan hasrat untuk berhijrah ke pulau kepada keluarga tetapi mendapat bantahan daripada bapa yang bimbangkan keselamatannya.
Zanarita terus berusaha memujuk sehingga bapanya membenarkan penghijrahannya ke pulau bebas cukai itu pada 2003.
“Inilah dunia sebenar saya dan tiada siapa yang boleh menghalang keinginan itu. Kini, saya berjaya meyakinkan bapa bahawa kehidupan di pulau tidaklah seburuk yang disangka.
“Sebenarnya, sejak kecil saya sering mengikut ayah ke laut memancing ikan dan bermain di pantai walaupun ayah bukan nelayan,” katanya.
Memilih selam skuba sebagai kerjayanya, Zanarita berkata, semuanya bermula daripada idea kakaknya yang menyarankan dia melebarkan sayap menjadi jurulatih selam skuba selepas mendapat lesen penyelam.
Zanarita menjalani latihan menyelam di Kampung Tekek dan memperoleh lesen penyelam yang membolehkannya meneroka dasar laut pulau Tioman.
Masih bujang di kala usia menginjak angka 37, Zanarita akui terpaksa melupakan seketika soal jodoh kerana tuntutan kerja sebagai jurulatih selam skuba bertauliah yang memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga.
“Saya serahkan kepada takdir, siapapun jodoh saya. Biarpun jika ditakdirkan pemuda itu seorang nelayan, saya terima kerana nelayan juga sebahagian daripada insan terpilih di dunia ini,” katanya.
Menurutnya, kekurangan penyelam wanita terutama berbangsa Melayu sedikit sebanyak menyukarkan wanita untuk menjalani latihan menyelam khususnya wanita yang sudah berkahwin.
“Pelbagai masalah perlu ditangani kedua-dua pihak, jurulatih dan pelatih. Jadi, saya berasa terpanggil untuk melaksanakan tugas ini sebagai satu tanggungjawab ke arah membudayakan sukan selam skuba di kalangan wanita Melayu negara ini,” katanya.
Zanarita yang sudah menyelam lebih 600 kali dan berkeupayaan menyelam di kedalaman 37 meter berkata, keyakinan diri adalah aspek terpenting yang perlu ada dalam diri penyelam ketika di dasar laut.
Nasihatnya untuk mereka yang berminat menjadi jurulatih selam skuba kanak-kanak supaya memiliki sifat penyayang kerana kanak-kanak memerlukan perhatian yang lebih serius berbanding orang dewasa.
Zanarita juga sering menitikberatkan aspek keselamatan sebelum kanak-kanak itu terlalu ghairah berada di dalam air.
“Kesilapan sekecil manapun pasti mengundang padah dan saya sarankan kepada ibu bapa menemani anak-anak mereka ketika latihan.
“Ini sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan dan saat paling menggembirakan kanak-kanak apabila ibu bapa mereka sama-sama menjalani latihan menyelam.
“Lucu juga apabila ada yang panik, sakit perut dan rasa hendak membuang air kecil apabila tiba saat untuk menyelam,” katanya yang kini mula berjinak-jinak dengan sukan perahu layar.
Menurut Zanarita, aktiviti selam skuba perlu dilakukan secara berpasangan atau berkumpulan kerana kerjasama antara rakan amat penting bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
“Selain kerjasama, penyelam perlu mahir bahasa isyarat yang tidak sama seperti bahasa isyarat biasa. Penyelam juga mesti menjaga adab dalam laut dan jangan sesekali merosakkan karang dalam laut,” katanya.
Menurutnya, penyelam harus tenang ketika di dasar laut kerana haiwan laut boleh mengesan tahap ketenangan penyelam.
“Saya sayangkan hidupan marin ini, malah Pulau Tioman memiliki landskap terumbu karang paling cantik pernah dilihat berbanding tempat lain,” katanya.
Profil
Nama: Zanarita Nasir
Umur: 37 tahun
Status: Bujang
Adik beradik: Lima orang (anak ketiga)
Asal: Simpang Renggam, Johor
Hobi: Menjahit baju
Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Vokasional, Setapak, Kuala Lumpur.
Kerjaya: Jurulatih Selam Skuba Laut Lepas dan Jurulatih Selam Kanak-kanak
|
| Lain-lain artikel : |
- Hasina berhati waja
- Gaya santun, kontemporari
- Kulit sihat, segar
- Rockers ceriakan kanak-kanak istimewa
- Leo paling comel
- Keanggunan blaus sifon
- Farida pejuang wanita Afghanistan
- Geran bantu pusat latihan OKU
- Seronok bersama keluarga angkat
- Hayati seni bertudung
- Jessica memang hebat
- Mendidik Orang Asli prihatin kesihatan
- Kereta penyelamat Bond
- Fesyen pengantin cetus kelas tersendiri
- Tanda kertas ujian di pesawat
- Bergaya dengan jubah
- PKJ taja percutian
- Dua terima hadiah daripada Planta
- Kayuhan Chong untuk dana pesakit barah
- Tuah Charice melimpah-ruah
- 'Hero Obama'
- Tudung pasang siap dalam 3 minit
- Rawat rambut kusam dengan '3-Minute Miracle'
- Colgate sumbang kit penjagaan mulut
- Jualan penyu hijau lavender di Hotel One World
- Elaine paling menarik, kreatif
- MayoSqueeze diperkaya Omega Tiga
- Pesona remaja
- Perginya pejuang Afrika Selatan
- Kurangkan kedutan sekitar mata
- Badan sihat, kulit cantik
- Gempal bukan alasan
- Dr Jism rawat kegagalan seksual
- Kumpul dana bantu OKU
- Hilang kerja kerana hijab
- Empat fabrik, satu busana
- Pilih fabrik sesuai untuk tudung gipsi
- Potjaman berhati waja
- Tetap ceria meskipun ketika datang haid
- RSH beri baju percuma
- Fesyen moden penuh santun
- MiniNovella: Inspirasi
- 'Masih trauma tragedi Titanic'
- Rawat diabetes, lemah syahwat
- Wartawan terima bayaran tertinggi
- Sepi Sekuntum Mawar
- Yayasan iktiraf wanita
- Kids Scuba papar hidupan laut
- Dr Jism bantu rawat lemah tenaga batin
- Mini Novella Fair & Lovely: Sejujur Cinta Seluhur Impian
- Busana Shafira sopan, ringkas
- Mini Novella Fair & Lovely: Prebet Comel
- Program amal masyarakat
- Wanita Luar Negara: Naomi tumpu fesyen amal
- Bantu remaja malang
- Kek Kasih
- Kediaman 1,000 anak
- Verena buat kejutan
- Elianto seri wajah kusam
- Itang pertaruh rekaan telekung
- Gaya kontemporari, tradisional
- Wanita hebat Indonesia
- Anggun serlah karisma
- Bertudung cara cepat, ringkas
- Bergelut isu peribadi
- Utama konsep halal
- Busana tradisi bersopan
- Bukan alasan gapai impian
- Khasiat minyak amaranth
- Tudung santai ikut agama
- Si jelita Olimpik
- Rakan niaga Al-Jabbar
- Wajah tak sehebat suara
- Kurma, madu Majesty pulih tenaga
- Koleksi anggun Hajaba
- Tudung glamor majlis eksklusif
- Nasi beriani paha ayam
- Kembali ke pentas Olimpik
- Pesona tudung
- Kendali tiga tangan robotik
|
|