Pergaulan atasi rasa malu
PERASAAN malu boleh menyukarkan ibu bapa dan anak.
Bagaimanapun, ibu bapa perlu sedar naluri segelintir kanak-kanak memang senyap dan tidak seaktif kanak-kanak lain.
Prestasi anak berbeza antara satu sama lain, anak sulung tentu berbeza dengan anak tengah atau si bongsu.
Perasaan malu keterlaluan tentu menimbulkan masalah apabila bergaul dengan rakan di sekolah.
Justeru, bagaimana anda boleh membantu?
Berikut adalah cara membantu si anak menghindari rasa malu:
Buat permulaan, jangan sesekali memberitahu anak dia pemalu atau memanggilnya dengan pelbagai gelaran.
Mereka sedar mengenai perasaan malu yang wujud dan tidak memerlukan orang lain menekankan perkara itu.
Sebaliknya, berikan pujian ketika dia tidak malu seperti kebiasaan. Biarkan anak tahu anda suka apabila dia lebih bijak bersosial dan berinteraksi.
Berikan peluang kepada anak untuk merasai interaksi sosial seperti menjemput kawan-kawannya ke rumah atau menghadiri perjumpaan biasa.
Biarkan anak meluangkan masa bersama orang yang mereka berasa selesa untuk membina harga diri dan kemahiran bersosial sebelum membawa mereka ke tempat lebih sesak.
Kanak-kanak belajar menerusi pemerhatian dan meniru apa dilakukan ibu bapa. Jadi, ibu bapa perlu memberi contoh dengan bersosial dan menjaga perlakuan diri.
Anak-anak yang melihat ibu bapa mereka bersosial dengan orang lain akan cuba menjadi tidak pemalu. Tetapi ini tidak bermakna anda patut memaksa anak melakukan sesuatu di luar kemampuan dan kerelaannya. Berikan dorongan apabila perlu dan cuba bantu mereka menyesuaikan diri.
Galakkan anak mencuba aktiviti baru dan berkomunikasi terhadap perasaan anda. Melalui dorongan, anak akan berasa selamat dan selesa untuk mengetahui tiada apa yang perlu ditakutinya.
Memberi anak peluang mencuba pelbagai aktiviti dan hobi berbeza sebenarnya membenarkan anak bersosial dengan orang lain serta memperkenalkan mereka kepada orang yang memiliki minat serupa.
Ingatlah anak-anak berupaya ‘menangkap isyarat senyap’ dengan mudah. Sekiranya anda berasa gelisah, si anak juga akan perasan dan bertambah gemuruh kerana kegelisahan anda memberitahunya sesuatu yang buruk pasti berlaku.
Kongsi pengalaman dengan anak. Biarkan anak tahu anda memahami perasaannya.
Kita sebenarnya pernah melalui peringkat tumbesaran apabila kita berasa malu, gelisah dan takut.
Akhirnya, biarkan anak tahu perasaan malu bukan satu kecacatan dan tiada yang perlu dimalukan.
Katakan kepada anak, dalam kebanyakan situasi, ia tidaklah begitu menakutkan dan menjadi tanggungjawab anda untuk membantu mereka.
Situasi atau keadaan yang membuatkan seseorang anak gelisah dan takut boleh dipermudahkan apabila anda menerangkan perkara sebenar kepada mereka.
Memiliki perasaan malu tidak semestinya menjadi satu masalah besar. Apa yang boleh dilakukan adalah memberi perhatian kepada anak dan menggalakkannya agar lebih bersosial.
Jika perasaan malu menjadi sukar terkawal, mungkin tiba masanya mendapatkan bantuan profesional.
|
| Lain-lain artikel : |
- Hasina berhati waja
- Gaya santun, kontemporari
- Kulit sihat, segar
- Rockers ceriakan kanak-kanak istimewa
- Leo paling comel
- Keanggunan blaus sifon
- Farida pejuang wanita Afghanistan
- Geran bantu pusat latihan OKU
- Seronok bersama keluarga angkat
- Hayati seni bertudung
- Jessica memang hebat
- Mendidik Orang Asli prihatin kesihatan
- Kereta penyelamat Bond
- Fesyen pengantin cetus kelas tersendiri
- Tanda kertas ujian di pesawat
- Bergaya dengan jubah
- PKJ taja percutian
- Dua terima hadiah daripada Planta
- Kayuhan Chong untuk dana pesakit barah
- Tuah Charice melimpah-ruah
- 'Hero Obama'
- Tudung pasang siap dalam 3 minit
- Rawat rambut kusam dengan '3-Minute Miracle'
- Colgate sumbang kit penjagaan mulut
- Jualan penyu hijau lavender di Hotel One World
- Elaine paling menarik, kreatif
- MayoSqueeze diperkaya Omega Tiga
- Pesona remaja
- Perginya pejuang Afrika Selatan
- Kurangkan kedutan sekitar mata
- Badan sihat, kulit cantik
- Gempal bukan alasan
- Dr Jism rawat kegagalan seksual
- Kumpul dana bantu OKU
- Hilang kerja kerana hijab
- Empat fabrik, satu busana
- Pilih fabrik sesuai untuk tudung gipsi
- Potjaman berhati waja
- Tetap ceria meskipun ketika datang haid
- RSH beri baju percuma
- Fesyen moden penuh santun
- MiniNovella: Inspirasi
- 'Masih trauma tragedi Titanic'
- Rawat diabetes, lemah syahwat
- Wartawan terima bayaran tertinggi
- Sepi Sekuntum Mawar
- Yayasan iktiraf wanita
- Kids Scuba papar hidupan laut
- Dr Jism bantu rawat lemah tenaga batin
- Mini Novella Fair & Lovely: Sejujur Cinta Seluhur Impian
- Busana Shafira sopan, ringkas
- Mini Novella Fair & Lovely: Prebet Comel
- Program amal masyarakat
- Wanita Luar Negara: Naomi tumpu fesyen amal
- Bantu remaja malang
- Kek Kasih
- Kediaman 1,000 anak
- Verena buat kejutan
- Elianto seri wajah kusam
- Itang pertaruh rekaan telekung
- Gaya kontemporari, tradisional
- Wanita hebat Indonesia
- Anggun serlah karisma
- Bertudung cara cepat, ringkas
- Bergelut isu peribadi
- Utama konsep halal
- Busana tradisi bersopan
- Bukan alasan gapai impian
- Khasiat minyak amaranth
- Tudung santai ikut agama
- Si jelita Olimpik
- Rakan niaga Al-Jabbar
- Wajah tak sehebat suara
- Kurma, madu Majesty pulih tenaga
- Koleksi anggun Hajaba
- Tudung glamor majlis eksklusif
- Nasi beriani paha ayam
- Kembali ke pentas Olimpik
- Pesona tudung
- Kendali tiga tangan robotik
|
|