» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

>Gosip hidup bermadu tidak jadi kudis





SETIAP tahun mendengar gosip mengenai suami berkahwin satu lagi sudah lali kepada isteri Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Prof Dr Datin Sharifah Mohd Nor.

Puas menepis dan menafikannya, bahkan suami sendiri ketawa dikaitkan dengan hal sedemikian menjadikan pasangan bahagia ini tidak mudah melatah apabila diajukan soalan sebegitu.

"Barangkali inilah sebahagian ujian menjadi isteri seorang yang dikenali walhal saya rasa kami macam pasangan yang lain juga.

"Tetapi saya tidak pernah menjadikan benda remeh-temeh sebagai alasan untuk menggoyahkan hubungan yang kami bina sejak 1977 kerana yang terpenting, saya tahu siapa suami yang saya kenali sejak menuntut di universiti," katanya sebaik diajukan gosip mengatakan yang dirinya bermadu sejak beberapa tahun lalu.



Beliau melahirkan rasa bertuah dianugerahkan lelaki yang sarat dengan kasih sayang bukan saja pada dirinya bahkan kepada anak-anak kerana jenakanya yang sering membuat dia tidak kering gusi, sifat penyayang dan ciri seorang bapa yang begitu mengambil berat perihal anak-anak.

Sikap suami yang suka memanjakan anak-anak, sering solat bersama-sama dan jujur menjadi teras dalam membina rumah tangga bahagia.

"Ramai yang bertanya kepada saya mengenai sikap suami yang digambarkan sebagai lelaki hebat, penyayang, ada agama dan pastinya menjadi idola ramai wanita boleh membuatkan saya tidak senang dengan keadaan itu.

"Saya bersyukur dengan anugerah ini. Pada saya, soal gosip tidak menjadi kudis kepada kami kerana siapa saja tidak terlepas daripada perkara itu. Yang penting, kami saling memahami dan saling percaya. Selebihnya, saya serah kepada Allah Taala," katanya.

Mengenai anak-anak, beliau tidak menafikan setelah menjangkau dewasa, suaminya masih memanjakan dan memeluk mereka seperti dulu namun dalam batas yang wajar.

"Setiap kali balik sekolah, anak-anak akan mencari ayah mereka terlebih dulu. Dia juga amat mengambil berat kerja rumah sehingga anak yang sudah bekerja pula dia ingin tahu perkembangannya.

"Syukur kerana saya merasakan sehingga kini kami bahagia dengan kesederhanaan yang menjadi milik kami sekeluarga. Saya sendiri dalam satu-satu hal akan mendapatkan nasihat daripadanya sebagai rujukan terpenting saya," katanya.

Menurutnya, transformasi kehidupan dalam rumah tangga harus diperhalusi dalam usaha mencari kebahagiaan bukan hanya di dunia bahkan untuk akhirat.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker