» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Laksa utara Home Town

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my


TIDAK dinafikan laksa utara memang ada penggemar tersendiri. Keunikan masakan itu banyak dipengaruhi ramuan dalam merumus kuahnya selain bahan lain yang digunakan untuk aromanya.

Antara laksa utara yang enak disediakan di Home Town Coffee, beroperasi sejak Mac lalu yang dibuka selama 21 jam dan dilayan lebih 15 kakitangannya.

Menurut penyelianya, Mohd Azmi Mohd Husni, kafe di Bandar Baru Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu mempertaruhkan pelbagai resipi menarik seperti kerabu mi segera yang tidak terdapat di tempat lain, nasi lemak kukus, cakoi yang enak di samping pelbagai minuman istimewa lain.

Laksa Pulau Pinang atau laksa Kedah antara menu istimewa yang diperkenalkan di kafe berkenaan.



Chefnya, Esah Bidin, yang berpengalaman berpuluh tahun di bidang masakan mengakui keenakan laksa banyak dipengaruhi oleh pembikinan kuahnya.

“Jika sedap kuahnya bermakna enaklah masakan itu. Selain itu, ramuan lain seperti bawang, timun, telur dan limau sebagai perencah melengkapkan lagi rasanya,” katanya.

Home Town Coffee boleh dikunjungi di No 32, Jalan 1-27F, Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau dihubungi di talian 03-41421128.



Resipi Laksa Utara

Bahan-bahannya:


Laksa

1 kilogram ikan kembung (direbus terlebih dulu)

Tiga labu bawang putih

10 ulas bawang merah

Belacan (mengikut rasa)

2 batang serai

Sepotong halia

5 gram cili api

100 gram cili kering

(Semua bahan ini dikisar dan ditumis dengan sedikit minyak. Didihkan hampir setengah jam dalam api yang sederhana dan sedia untuk dihidang).



Bahan lain:

3 biji telur (direbus dan dibelah dua)

2 biji timun (dihiris dan dipotong memanjang)

Separuh nanas (dipotong memanjang dan halus)

Bawang besar (dipotong memanjang)

Cili merah (dipotong)

5 biji limau kasturi

Salad (dipotong halus)

Daun pudina (mengikut kesukaan)

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker