Temui yis unik
Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.my
IA bukannya dicipta daripada sebarang yis sebaliknya, Pitera yang ditemui hampir 30 tahun itu dianggap unik dengan keistimewaan tersendiri yang menunjangi rangkaian produk penjagaan kulit terkemuka dari Jepun, SK-II.
Pitera lahir daripada inspirasi terhadap tangan pembuat sake yang cantik biarpun mereka sudah berusia, lantas sekumpulan saintis SK-II mula menjalankan kajian intensif bertahun lamanya ke atas proses penapaian sake (wain beras tradisional Jepun) membabitkan lebih daripada 350 jenis yis.
Lantaran sejarah awal penemuannya membabitkan pembuatan sake, mungkin sedikit sebanyak ia turut menimbulkan keraguan terhadap kandungan produk SK- II terutama di kalangan pengguna Muslim.
Namun, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Kecantikan Peribadi Global P&G, Pusat Teknikal Kobe, Shige Terao, menegaskan Pitera dalam rangkaian produk SK-II bukanlah dihasilkan daripada yis serupa yang digunakan dalam menghasilkan sake atau yis yang digunakan dalam pembuatan minuman keras seperti bir.
“Memang ada jenama lain di serata dunia yang menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit menggunakan ekstrak yis misalnya yis yang dicampur dalam krim tetapi sesetengahnya adalah yis bir,” katanya ketika temubual bersama sekumpulan media Malaysia di Pusat Teknikal Kobe, Jepun, baru-baru ini.
Uniknya, menurut Terao, kajian intensif yang dijalankan menunjukkan Pitera tidak mengandungi alkohol yang boleh menyebabkan alahan pada sesetengah jenis kulit.
Katanya, SK-II mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan satu-satu produk malah ciptaan pertama jenama terbabit, Facial Treatment Essence (FTE) memakan masa lima tahun untuk dihasilkan termasuk pemeriksaan dari segi keselamatan produk.
Pitera SK-II bukanlah ekstrak yis sebaliknya ia larutan metabolik yang dihasilkan daripada proses penapaian sejenis yis unik. Cecair tapisan penapaian yis ini pula dibuktikan menerusi ujian makmal, boleh meningkatkan metabolisme sel kulit justeru, memulihkan pusingan pembaharuan kulit.
Komposisi Pitera juga serupa dengan faktor pengekalan kelembapan dikenali sebagai NMF yang dihasilkan oleh kulit manusia.
Pengurus Kanan, Pemasaran Teknikal Global SK-II, Takashi Yoshii, pula mengakui penapaian yis adalah proses sensitif dan harus dipantau secara teliti.
“Yis Pitera dianggap satu spesis unik. Malah, yis terbabit tidak boleh dicipta menerusi proses tiruan,” kata Yoshii yang juga sebahagian daripada anggota asal pasukan saintis yang menemui Pitera.
Menurutnya, Pitera yang mengandungi vitamin, asid amino, mineral dan asid organik mempunyai pelbagai kelebihan pada kulit termasuk membantu mengekalkan kelembapan, membuatkan kulit lebih sekata, menyelaraskan pH, mengurangkan bintik hitam dan jeragat, melegakan kulit akibat selaran matahari dan mengawal pengeluaran sebum.
Pitera juga sangat sensitif kepada bakteria manakala Pitera segar mempunyai bau yang sangat organik.
Malah, FTE yang berbau organik itu adalah disebabkan kandungan Pitera yang melebihi 90 peratus. Produk berkenaan dikekalkan bauan semula jadinya tanpa penggunaan haruman tambahan.
“Menariknya, komposisi FTE yang berada di pasaran kini sama dengan kandungan botol pertama FTE yang dilancarkan pada 1980 malah dihasilkan untuk manfaat semua jenis kulit,” katanya sambil menambah, FTE antara lain berfungsi supaya kulit diperbaharui pada kadar yang lebih cepat.
Sejak produk pertama dilancarkan pada 1980, jenama penjagaan kulit terbabit kini menerajui 13 pasaran di dunia iaitu Jepun, Taiwan, Hong Kong, China, Korea, Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Australia, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Kunjungan media ke Pusat Teknikal Kobe pada September lalu itu disertai lawatan duta antarabangsa SK-II yang juga pelakon terkenal, Cate Blanchett.
Turut menyertai lawatan berkenaan adalah Naib Presiden dan Pengurus Besar SK-II, Joanne Crewes serta Ketua Saintis Global SK-II, Misa Anne Ito.
>Info
Wanita Jepun mengamalkan regim penjagaan kulit yang agak kompleks malah mereka dikatakan berusaha cara terbaik untuk menjaga kulit masing-masing.
Wanita Jepun lazimnya mengamalkan lima hingga enam langkah dalam proses penjagaan kulit manakala wanita di Barat hanya mengikuti dua hingga tiga langkah. Untuk membersihkan muka saja, wanita Jepun mengambil masa lebih daripada tiga minit berbanding wanita di Amerika Syarikat.
Wanita Asia yang banyak menggunakan produk pemutihan, berbanding wanita di benua lain.
Penggunaan produk penjagaan kulit harus dimulakan seawal mungkin terutama mereka yang sudah mencecah usia 25 tahun.
|
| Lain-lain artikel : |
- Urutan penyegar mata
- Anggun ikut syarak
- ING kutip 37.5kg bahan kitar semula
- Dua beradik bakal juara
- Hasina berhati waja
- Gaya santun, kontemporari
- Kulit sihat, segar
- Rockers ceriakan kanak-kanak istimewa
- Leo paling comel
- Keanggunan blaus sifon
- Farida pejuang wanita Afghanistan
- Geran bantu pusat latihan OKU
- Seronok bersama keluarga angkat
- Hayati seni bertudung
- Jessica memang hebat
- Mendidik Orang Asli prihatin kesihatan
- Kereta penyelamat Bond
- Fesyen pengantin cetus kelas tersendiri
- Tanda kertas ujian di pesawat
- Bergaya dengan jubah
- PKJ taja percutian
- Dua terima hadiah daripada Planta
- Kayuhan Chong untuk dana pesakit barah
- Tuah Charice melimpah-ruah
- 'Hero Obama'
- Tudung pasang siap dalam 3 minit
- Rawat rambut kusam dengan '3-Minute Miracle'
- Colgate sumbang kit penjagaan mulut
- Jualan penyu hijau lavender di Hotel One World
- Elaine paling menarik, kreatif
- MayoSqueeze diperkaya Omega Tiga
- Pesona remaja
- Perginya pejuang Afrika Selatan
- Kurangkan kedutan sekitar mata
- Badan sihat, kulit cantik
- Gempal bukan alasan
- Dr Jism rawat kegagalan seksual
- Kumpul dana bantu OKU
- Hilang kerja kerana hijab
- Empat fabrik, satu busana
- Pilih fabrik sesuai untuk tudung gipsi
- Potjaman berhati waja
- Tetap ceria meskipun ketika datang haid
- RSH beri baju percuma
- Fesyen moden penuh santun
- MiniNovella: Inspirasi
- 'Masih trauma tragedi Titanic'
- Rawat diabetes, lemah syahwat
- Wartawan terima bayaran tertinggi
- Sepi Sekuntum Mawar
- Yayasan iktiraf wanita
- Kids Scuba papar hidupan laut
- Dr Jism bantu rawat lemah tenaga batin
- Mini Novella Fair & Lovely: Sejujur Cinta Seluhur Impian
- Busana Shafira sopan, ringkas
- Mini Novella Fair & Lovely: Prebet Comel
- Program amal masyarakat
- Wanita Luar Negara: Naomi tumpu fesyen amal
- Bantu remaja malang
- Kek Kasih
- Kediaman 1,000 anak
- Verena buat kejutan
- Elianto seri wajah kusam
- Itang pertaruh rekaan telekung
- Gaya kontemporari, tradisional
- Wanita hebat Indonesia
- Anggun serlah karisma
- Bertudung cara cepat, ringkas
- Bergelut isu peribadi
- Utama konsep halal
- Busana tradisi bersopan
- Bukan alasan gapai impian
- Khasiat minyak amaranth
- Tudung santai ikut agama
- Si jelita Olimpik
- Rakan niaga Al-Jabbar
- Wajah tak sehebat suara
- Kurma, madu Majesty pulih tenaga
- Koleksi anggun Hajaba
- Tudung glamor majlis eksklusif
- Nasi beriani paha ayam
- Kembali ke pentas Olimpik
- Pesona tudung
- Kendali tiga tangan robotik
|
|