Juvanex nyah toksin tujuh hari
PROGRAM detoks tujuh hari Juvanex diformulasi khas untuk menyingkir toksin berlebihan dalam badan di samping memelihara sistem penghadaman dan hati.
Juvanex mengurangkan beban toksik anda dan memberikan kesegaran dan kecergasan hanya dalam masa tujuh hari.
Juvanex diformulasi khas dengan "total-cleanze", suatu ramuan eksklusif semula jadi yang terdiri daripada serat makanan, probiotik dan herba semulajadi.
Ramai menganggap kelesuan, pening kepala dan kembung sebahagian rutin hidup kita, tanpa menyedari ia menandakan pengumpulan toksin dalam badan.
Pendedahan berterusan kepada toksin dalam alam persekitaran sama ada makanan, udara atau ketegangan dalam kehidupan seharian menjejaskan kita.
Jadi, apa yang boleh kita lakukan? Juvanex memperkenalkan cara untuk menyahkan toksin daripada badan dalam tujuh hari dan memulihkan badan kita kepada keseimbangan semula jadi.
Ia dirumus dengan antioksidan, nutrien dan vitamin untuk melindungi dan menyuburkan badan, dan boleh didapati dalam perasa limau segar.
Juvanex adalah penyelesaian yang sempurna untuk masyarakat bandar yang sentiasa mengejar masa kerana dalam tujuh hari ia berkesan untuk perkara-perkara berikut:
- Menyahkan toksin yang terkumpul
- Menambah tenaga dan kecerdasan
- Membaiki perjalanan usus, penghadaman dan pengeluaran toksin
- Mencerahkan warna kulit dan menambah seri
- Meningkatkan kesejahteraan dan menjelaskan fikiran
- Mengurangkan risiko masalah kesihatan dan penyakit seperti kanser, masalah reproduktif, penyakit jantung dan asma.
- Membantu mengurangkan berat badan jika mematuhi menu makanan dalam panduan nyahtoksin
Anda hanya perlu mengambil produk ini dua kali sehari selama tujuh hari dengan mencampurkan dua sudip Juvanex dengan 400 mililiter (ml) air atau jus buah-buahan segar.
Juvanex dijamin selamat kerana ia diluluskan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan.
Ia juga disahkan halal oleh Gabungan Persatuan Islam New Zealand (FIANZ) dan diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Juvanex adalah produk yang berasal dari New Zealand dan berharga RM160 (Semenanjung Malaysia) dan RM168 (Sabah & Sarawak) bagi botol 280g. Juvanex boleh didapati di semua kedai farmasi utama di seluruh negara.
Sementara itu, dalam sesi "Rahsia Kebersihan Dalaman" bersama beberapa selebriti tempatan di Villa Manja Spa, Kuala Lumpur, baru-baru ini, mereka menceritakan pengalaman rawatan nyah toksin dalam tujuh hari.
Lima personaliti itu ialah guru kecergasan Akademi Fantasia, Kevin Zahri, pelakon terkenal Sofia Jane, pengacara TV Ben Ibrahim, pelakon dan pengacara Maznah Zulkifli dan bintang Akademi Fantasia ke-4, Farhan.
Maznah mengakui, produk itu membersih badan dan masalah sembelit yang dialaminya berkurangan.
"Badan saya lebih bertenaga dan segar. Produk ini amat baik untuk wanita yang aktif," katanya.
Bagi Ben, beliau selalu menyelidik sesuatu yang baru sebelum mencuba.
"Pada mulanya saya rasa kurang selesa sedikit tetapi itu menunjukkan produk ini berkesan dan bertindak balas," katanya.
Sementara itu, pelakon terkenal Vanidah Imran mengakui selepas selesai menggunakan program Juvanex, beliau lebih segar, sihat dan wajah tampak berseri.
|