» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Cinta kampus bukan omongan semata-mata





CINTA kampus memberi kelebihan tersendiri kepada mereka yang sudah melayari rumah tangga untuk membuktikan kepada umum ia bukan omongan semata-mata.

Berkongsi hidup dengan Wong Lian Chong, 36, adalah anugerah paling berharga kepada Jennifer Chiam Chwee Lian, 33.

Rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu amat bahagia walaupun Jennifer mengakui suami adalah pelajar senior ketika sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dulu.

Menurutnya, suaminya adalah pelajar dalam bidang komputer manakala dirinya pula dalam bidang dietetik.



Namun semua itu tidak menghalang untuk pasangan ini membina kebahagiaan kerana atas landasan kasih sayang yang dibina, mereka dikurniakan tiga anak yang cukup membahagiakan.

"Saya pernah tanya kepada suami, kenapa memilih saya menjadi isteri.

"Jawapan diberikan cukup mudah kerana dia mahu memilih calon isteri daripada bidang berbeza," katanya sambil mengimbau kenangan cinta kampusnya yang penuh kemanisan.

Ditanya mengenai cinta monyet yang dialami sesetengah pasangan yang jangka hayatnya tidak lama, apa yang dipentingkan oleh Jennifer dan suami adalah perasaan saling menghormati antara satu sama lain selain kejujuran menjadi teras dalam perhubungan.

"Saya tidak nafikan suami seorang yang berterus-terang dan lurus orangnya. Jika hendak buat sesuatu keputusan atau apa saja, peranan itu banyak dimainkannya.

"Mengenai anak-anak, suami agak rapat dengan mereka. Tapi tidak bermakna, saya tiada peranan. Yang penting corak pendidikan yang terbaik harus diberikan kepada mereka dan ditunjangi dengan bijak," katanya yang mahu membuktikan kepada masyarakat cinta kampus jika dipupuk sebaiknya, boleh memberi jaminan kebahagiaan berpanjangan.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker