Makanan segera jejas kesihatan
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
 |
MENGGALAS tugas sebagai pakar diet memberi gambaran jelas kepadanya bahawa pentingnya penjagaan kesihatan terutama pemakanan yang sesuai lagi seimbang. |
>Profil
Nama: Jennifer Chiam Chwee Lian
Jawatan: Ketua Pemakanan, Hospital Pakar Ampang Puteri
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Status: Kahwin
Suami: Wong Lian Chong
Anak: Sherisse Wong, 6, Dylan Wong, 4, Jeannealle Wong, 2 tahun setengah
MENGGALAS tugas sebagai pakar diet memberi gambaran jelas kepadanya bahawa pentingnya penjagaan kesihatan terutama pemakanan yang sesuai lagi seimbang.
Melihat tahap kesihatan masyarakat yang kurang memberangsangkan menjadi punca Jennifer Chiam Chwee Lian, 33, memilih 'dietism' sebagai sandaran masa depannya apabila memilih pakar diet sebagai kerjaya.
Wanita berasal dari Kuantan, Pahang ini turut mengakui fenomena kegemukan (obesiti) dihadapi segelintir masyarakat yang semakin menjadi-jadi, serangan penyakit hari ini disebabkan pengambilan makanan berisiko dengan bahan pengawet yang mengandungi bahan kimia tertentu bahkan tanpa mengira batas usia, ramai kanak-kanak mahupun orang muda mudah mendapat serangannya, antara elemen yang tidak harus diambil mudah.
Oleh itu, beliau turut melihat budaya kurang bersenam dan pengambilan makanan segera kian menjadi-jadi memberi natijah betapa setiap orang harus mengambil inisiatif menjaga kesihatan jika mahukan kehidupan sempurna.
"Barangkali pilihan kerjaya saya kena pada masanya apabila pelbagai fenomena melanda kerana masyarakat terlalu mengejar material, ketidakcukupan masa disebabkan gaya hidup moden sehingga mereka memilih makanan segera yang berbahaya dari segi kandungan kimia.
"Sebagai pakar diet, saya melihat aspek ini sebagai sesuatu yang penting untuk memberi kesedaran tidak semua yang segera itu baik. Pun begitu, tidak bermakna makanan biasa yang dimakan pula selamat.
"Pelbagai perkara harus diambil kira ketika penyediaannya dan kita semua harus menggunakan pendekatan berwaspada dalam memilih makanan dengan mengambil kira aspek zat mahupun bahan kimia yang boleh mengundang risiko," katanya.
Sikap hati-hatinya sejak kecil hingga dewasa barangkali banyak dipelajari daripada ibunya, seorang jururawat di hospital kerajaan kerana sering mementingkan soal kebersihan sebagai teras baik dalam makanan mahupun kehidupan seharian.
Impian Jennifer sebenarnya bukan memilih kerjaya dalam bidang yang diraihnya kini. Sebaliknya, menjadi doktor haiwan adalah cita-cita yang dilakarnya tetapi sebagai anak emak, dia bersyukur ibunya banyak memberi nasihat supaya memilih kerjaya berkaitan bidang perubatan yang ada kelebihan tersendiri.
"Saya gembira apabila diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam dengan pengkhususan dalam dietetik sekali gus mengajar saya bagaimana mengurus kesihatan diri sebaiknya. Apabila sudah berkeluarga dan memiliki tiga anak, kerjaya itu banyak membantu saya terutama dalam menyediakan persekitaran bersih, sihat serta amalan pemakanan yang tidak mengandungi bahan terlarang yang memudaratkan.
"Tambahan pula, paling seronok apabila berdepan dengan pelanggan yang sememangnya prihatin dalam soal makanan," katanya.
Beliau tidak menafikan penyediaan makanan yang terlalu berlemak selain penggunaan minyak ketika menggoreng makanan harus dikurangkan jika individu berhasrat menjaga kesihatan.
"Lebihkan makanan panggang atau kukus. Makanan bergoreng yang kerap diambil ditambah pula kurang bersenam akan menjadikan lemak menjadi tepu sehingga membentuk kolesterol yang boleh menjejaskan kesihatan.
"Selain itu, kurangkan pengambilan snek atau makanan ringan sebab ia boleh mendorong seseorang bertambah berat badan tanpa disedari. Bayangkan di pejabat, anda asyik mengunyah dan lama-kelamaan snek itu rupanya mengundang bahaya kerana ia membuat anda gemuk tanpa disedari," katanya.
Menurutnya, bukan hanya pelanggan wanita yang begitu mengambil berat dalam soal pemakanan, bahkan lelaki tidak terkecuali.
Bertugas di hospital pakar berkenaan hampir 10 tahun, Jennifer turut menyelar sikap masyarakat yang malas dan lebih memanjakan diri sehingga melupakan aspek penjagaan kesihatan.
Masyarakat bandar, katanya, kebanyakannya bekerja dalam pejabat berhawa dingin yang seakan-akan melupakan soal untuk memeluhkan badan walaupun tanpa sedar sikap itu boleh mengundang padah.
"Sudahlah duduk dalam suasana dingin, untuk melangkah ke tempat paling dekat pun menggunakan lif. Apa salahnya menaiki tangga atau melakukan aktiviti yang sekurang-kurangnya membuat kita sedikit berpeluh.
"Jangan terlalu memanjakan diri kerana untuk jangka masa panjang, keadaan ini akan memudaratkan kesihatan," katanya.
Fasih berbahasa Melayu dan gemar mengenakan busana tradisional, Jennifer mengakui lingkungan hidupnya yang banyak bergaul dengan masyarakat setempat memberi pengaruh yang bukan sedikit kepadanya.
Ketika menuntut di UKM juga, kebanyakan rakannya terdiri daripada Melayu dan banyak mengajarnya mengenai budaya serta adab sopan kehidupan masyarakat berbilang majmuk di negara ini.
Bapanya, pegawai di Jabatan Kerja Raya dan sering ditugaskan di beberapa daerah dan negeri lain, turut memberinya ruang untuk bergaul dengan masyarakat setempat yang kebanyakan terdiri daripada orang Melayu.
|
| Lain-lain artikel : |
- Tangani kemarahan
- Fokus azam awal tahun
- Cekal bimbing anak istimewa
- Rahsia kecantikan tradisi
- Aura segar Hilary Duff
- Spa dalam taman
- Sentuhan seni jam unik
- Esen lemon asli singkir sel kulit mati
- Mahligai cinta utuh
- Buah tangan Hari Natal
- Larian amal Kebatim
- Himpunan senjata tradisional
- Magnolia persembah Princess Wishes
- Kapsul halia atasi obesiti
- Bulu mata menawan
- Solekan mineral mesra kulit
- Sanex hilangkan bau, pelihara kulit
- Kerja gigih buahkan hasil
- GCA pemangkin pemasaran Avon
- Cari pasangan terbaik
- Bawa lebih kad kredit
- GC Avon pemangkin dalam pemasaran
- Kerja gigih buahkan hasil
- Sanex hilangkan bau, pelihara kulit
- Inovatif hasilkan kesan menakjubkan
- Romantis: Cari pasangan terbaik
- Masalah mahkota
- Kenali budi pekerti wanita dicintai
- Wangian segak maskulin
- Susut badan berkesan apabila diumpan wang
- Lima set edisi terhad SK-II
- Peri penting perunding kulit
- Mahu susut 2kg lagi
- Koleksi hangat Christian Dior
- Ubah sikap, bersemangat, petua lebih ceria walaupun jiwa bergelora
- Berkahwin pahala, kukuh iman
- Sembilan petua doa dimakbul
- SK-II pilihan Carina
- Pesona wangian Dior
- Bella buka pusat rawatan di Subang Jaya
- Diskaun 70 peratus jam jenama
- Koleksi kompak musim cuti
- Panduan pilih bakal isteri
- Dr Jism murah, bermutu
- 63 petua bahagia
- Produk bantu kelihatan muda
- Jelajah dunia hiburkan si kecil
- 6 rumah kebajikan terima RM40,000
- Rawat penyakit lemah tenaga batin
- Dugaan cinta jarak jauh
- Haruman Gadis Bond
- Agama, moral asas bentuk keluarga bahagia
- Berlakon cemerlang pupuk sikap positif
- Pelembap kuatkan ketahanan kulit
- Persiapan penulis muda
- Nikmat belai diri di Tjantek
- Kongsi mimpi indah anda
- Watsons lega sakit kepala
- Rawat tumit merekah
- Bio-Oil hapus kesan parut
- Atasi masalah penuaan kulit
- Fahami situasi pasangan gawat
- Rawat lemah tenaga batin
- Lelaki lebih berahsia
- Solek mata, bibir ubah wajah
- Gaya ikut selera si dia
- Pelihara sutera tenun Pahang
- Tampil anggun dengan produk NV
- Ombak besar tambah 2 versi produk
- Bosan hidup membujang
- Khasiat bunga Immortelle
- Clarins tanam 100 anak pokok bakau
- Laman web bantu perokok
- Dilema cinta suami orang
- Wajah segar Aidilfitri
- Dr Jism rawat lemah syahwat
- Gubahan hamper bernilai komersial
- Niat baik teras pergaulan
- Nestle bina tadika keempat
- Sama minat lebih mudah
- Junaidah kongsi petua
- Gel rambut Unza ubah penampilan
- Anggur terapi penyegar kulit
- Berseri dalam 3 minggu
- Cinta ubat, racun jiwa
- Dr Jism rawat kencing manis, lemah syahwat
- KPJ sedia bufet Ramadan
- 14 hari baharui kulit
- Family Dr murah, berkualiti
- Cara kreatif galak anak makan
- Gugur bulu roma dengan Veet
- Cantik tanpa pembedahan
- Dr Jism murah, bermutu
- Tabiat pemakanan sihat
- Terbaru daripada Elizabeth Arden
- Wagner perkenal koleksi terbaru
- Pintu bahagia sentiasa ada
- Lanjut tarikh akhir
- Jaga kulit cara Genistein
- Kempen penjenamaan semula Nivea
- Kemaafan warnai cinta sejati
- Awasi anak layari Internet
- Bersih, harum berkekalan
- Saling memberi, menerima
- ‘Doktor ikan’ di Eve Spa
- Ketahui punca merajuk
- Konsep tradisional
- Pulih remaja bermasalah
- Petua bentuk anak bersopan
- Solekan De’Wajah ringkas, bergaya
- Anggur hitam superfruit nombor satu
- Saling percaya, jujur kunci bahagia
- Gincu seri, rawat bibir
- Mereka dahaga kasih sayang
- Superfruit vitamin C
- Lelaki berpendirian antara ciri idaman wanita
- Bergaya dengan Marcello de Cartier
- Pakar bikin baju Melayu
- Chef Chitra kongsi 2 resipi rahsia
- Buah-buahan kaya khasiat
- Sabun mandian Radox gabung 13 herba, mineral
- Kenali keikhlasan si dia
- Atasi kecelaruan hormon
- Berterusan cari bahagia
- Spa rambut percuma di P&G
- Cari alternatif kekal bahagia
- Jaspal gaya fesyen Asia
- Gedung maya Easy Pha-max
- Serlah rambut dengan Igora Imagine
- Haruman terbaru dari Avon
- Petua menyuburkan cinta
- Rumusan elak kulit gelap
- Suami miang, isteri dingin
- Anak sanggup tetak, pijak ibu
- Manjakan diri di St Gregory
- Romantis: Cinta magnet pikat pasangan
- Produk SK-11 buat wajah cantik
- Produk istimewa Syahirah
- Roamntis: Petua kekal kebahagian
- Elak ‘perang dingin’
- ‘Tiada lagi kesakitan’
- Rambut cantik, wajah berseri
- Bantu si kecil pilihkaca mata
- Ikan untuk wanita hamil
- Maskara serlah penampilan
- Dynas duta baru Safi Balqis
- Krim pemutih baru L'Oreal
- Romantis: Cinta lelaki pelik, unik
- Formula pemutihan Nivea guna ekstrak bunga matahari
- Anak beranak jadi jururawat
- Krim malam antipenuaan
- Angelfit Maybelline bantu kulit licin, cantik semula jadi
|
|