Tidak menyesal demi minat
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
 |
MEMILIKI perniagaan sendiri sesudah puas meraih pengalaman bekerja dengan syarikat besar membuatkan Kathy Anita Ng-alim, 34, terus mengorak langkah untuk merealisasikan impiannya. |
Profil
Nama: Kathy Anita Ng-alim
Jawatan: Pengarah Urusan/ Pengurus Pemasaran, Creative Creative Gift
Pendidikan: Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Diploma Sains Komputer, Kolej Stamford
Status: Kahwin
Suami: Abu Zaef Muhamad Nor
Anak: Mohd Adam, 5 tahun
MEMILIKI perniagaan sendiri sesudah puas meraih pengalaman bekerja dengan syarikat besar membuatkan Kathy Anita Ng-alim, 34, terus mengorak langkah untuk merealisasikan impiannya.
Biarpun perniagaan yang dilakarnya hanya berorientasi bunga-bungaan dan salun kecantikan, ia tidak membuatkannya menyesal memilih bidang berkenaan walaupun banyak pihak mentertawakannya.
Bagi pemilik dua diploma dalam bidang komputer dan perakaunan, meminati sesuatu yang bersifat seni lebih membuat dia teruja untuk melangkah lebih jauh.
“Tidak dinafikan bidang ini semakin berkembang pesat terutama di kalangan masyarakat bukan Bumiputera. Lebih meyakinkan saya, pendidikan dalam dua bidang berbeza memberi saya dimensi baru dalam berfikir. Apatah lagi, saya mula belajar menggubah daripada tenaga pengajar dari Jepun.
“Dari situ saya belajar mengenai ikebana, gaya gubahan Inggeris dan penataan Hong Kong kerana semua gubahan itu lebih bernilai komersial dan permintaan terhadap gubahan sedemikian lebih melatari pasaran.
“Lebih penting, ia bukan hanya mengenai bunga tetapi turut praktikal menyeimbangkan antara kreativiti dengan memanfaatkan peluang ke peringkat lebih berdaya saing,” katanya.
Memulakan langkah ketika menuntut di kolej pada 1995, dia mengisi masa senggang dengan bekerja secara separuh masa di kedai bunga. Dia belajar memanfaatkan kerjayanya itu seiring dengan minat yang sudah lama tertanam dengan harapan suatu hari nanti semua itu akan terlaksana.
Sebaik habis belajar dua tahun kemudian, dia sudah berasakan tiba masa menggapai impiannya. Namun pada masa sama, dia meneruskan pengajian di UiTM tetapi apabila berpeluang melaksanakan hobinya, dia akan merebutnya.
Didorong perasaan untuk bekerja terlebih dulu membuatkan dia yakin mengisi dadanya dengan ilmu sebanyak mungkin sebelum menjana premis miliknya sendiri.
Apabila lahirnya syarikat sendiri iaitu Creative Creative Gift, dia semakin galak berusaha kerana baginya kegigihan untuk melonjakkan syarikat sendiri adalah berbaloi walaupun ada kalanya masa banyak dihabiskan di pejabat berbanding masanya di rumah.
Berasa beruntung kerana suami, Abu Zaef Muhamad Nor, 34, seorang eksekutif di syarikat pemaju banyak menyuntik semangatnya dengan memberi sokongan moral terhadap apa yang dilakukannya.
Sehingga kini kata Anita, pada musim perayaan mahupun konvokesyen institusi pengajian tinggi (IPT) swasta mahupun awam, dia menjadi orang paling sibuk dengan gubahan bunganya.
Bukan hanya universiti di sekitar Lembah Klang menjadi persinggahannya untuk melestarikan impian memiliki gedung perniagaan besar suatu hari nanti, sebaliknya dia sanggup ke mana saja destinasi jika ada peluang buatnya meraih keuntungan.
Menurutnya lagi, ilmu dalam bidang berkaitan bunga-bungaan memang banyak tetapi kerajinan seseorang itu meneroka memberi kelebihan tersendiri kepada Anita untuk membuktikan dia juga mampu duduk sebaris dengan pesaingnya.
“Sebenarnya dalam bidang gubahan bunga, saya sentiasa meletak diri saya sentiasa menggali ilmu. Walaupun kita sudah menggubah beratus bahkan beribu gubahan, jangan cepat berpuas hati dengan apa yang dihasilkan. Sebaliknya sentiasa cuba memperbaiki dari semasa ke semasa.
“Sekiranya yakin dengan impian yang dibina, berusahalah bersungguh-sungguh untuk membuktikan yang anda ada bakat besar untuk disempurnakan. Untuk itu, saya tidak pernah lokek berkongsi kejayaan.
“Saya pernah bergabung tenaga dengan ibu saudara di kedai miliknya di Cempaka Sari Flora di Carrefour, Subang Jaya, Selangor. Kami menjelajah ke mana saja lokasi yang menjadi tumpuan terutama di ekspo atau IPT yang mengadakan minggu konvokesyen berhari-hari lamanya bagi meningkatkan jualan selain mengambil tempahan daripada individu dan syarikat korporat.
“Apabila memiliki syarikat sendiri, saya mengambil langkah berani untuk mengembangkan lagi perniagaan ini. Saya sentiasa memikirkan bagaimana mempelbagaikan kebolehan seiring dengan keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan,” kata ibu kepada seorang anak tunggal ini.
Dia turut bercita-cita untuk mengadakan kelas gubahan bunga dan hiasan untuk majlis lebih besar bagi memberi kemahiran kepada mereka yang dahagakan ilmu dalam bidang berkenaan.
|
| Lain-lain artikel : |
- Urutan penyegar mata
- Anggun ikut syarak
- ING kutip 37.5kg bahan kitar semula
- Dua beradik bakal juara
- Hasina berhati waja
- Gaya santun, kontemporari
- Kulit sihat, segar
- Rockers ceriakan kanak-kanak istimewa
- Leo paling comel
- Keanggunan blaus sifon
- Farida pejuang wanita Afghanistan
- Geran bantu pusat latihan OKU
- Seronok bersama keluarga angkat
- Hayati seni bertudung
- Jessica memang hebat
- Mendidik Orang Asli prihatin kesihatan
- Kereta penyelamat Bond
- Fesyen pengantin cetus kelas tersendiri
- Tanda kertas ujian di pesawat
- Bergaya dengan jubah
- PKJ taja percutian
- Dua terima hadiah daripada Planta
- Kayuhan Chong untuk dana pesakit barah
- Tuah Charice melimpah-ruah
- 'Hero Obama'
- Tudung pasang siap dalam 3 minit
- Rawat rambut kusam dengan '3-Minute Miracle'
- Colgate sumbang kit penjagaan mulut
- Jualan penyu hijau lavender di Hotel One World
- Elaine paling menarik, kreatif
- MayoSqueeze diperkaya Omega Tiga
- Pesona remaja
- Perginya pejuang Afrika Selatan
- Kurangkan kedutan sekitar mata
- Badan sihat, kulit cantik
- Gempal bukan alasan
- Dr Jism rawat kegagalan seksual
- Kumpul dana bantu OKU
- Hilang kerja kerana hijab
- Empat fabrik, satu busana
- Pilih fabrik sesuai untuk tudung gipsi
- Potjaman berhati waja
- Tetap ceria meskipun ketika datang haid
- RSH beri baju percuma
- Fesyen moden penuh santun
- MiniNovella: Inspirasi
- 'Masih trauma tragedi Titanic'
- Rawat diabetes, lemah syahwat
- Wartawan terima bayaran tertinggi
- Sepi Sekuntum Mawar
- Yayasan iktiraf wanita
- Kids Scuba papar hidupan laut
- Dr Jism bantu rawat lemah tenaga batin
- Mini Novella Fair & Lovely: Sejujur Cinta Seluhur Impian
- Busana Shafira sopan, ringkas
- Mini Novella Fair & Lovely: Prebet Comel
- Program amal masyarakat
- Wanita Luar Negara: Naomi tumpu fesyen amal
- Bantu remaja malang
- Kek Kasih
- Kediaman 1,000 anak
- Verena buat kejutan
- Elianto seri wajah kusam
- Itang pertaruh rekaan telekung
- Gaya kontemporari, tradisional
- Wanita hebat Indonesia
- Anggun serlah karisma
- Bertudung cara cepat, ringkas
- Bergelut isu peribadi
- Utama konsep halal
- Busana tradisi bersopan
- Bukan alasan gapai impian
- Khasiat minyak amaranth
- Tudung santai ikut agama
- Si jelita Olimpik
- Rakan niaga Al-Jabbar
- Wajah tak sehebat suara
- Kurma, madu Majesty pulih tenaga
- Koleksi anggun Hajaba
- Tudung glamor majlis eksklusif
- Nasi beriani paha ayam
- Kembali ke pentas Olimpik
- Pesona tudung
- Kendali tiga tangan robotik
|
|