» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Kanak-kanak juga hadapi tekanan

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my


JANGAN anggap si kecil tidak mengalami gejala tekanan hanya kerana faktor usia sedangkan hakikatnya, pakar dalam bidang psikiatri mengakui mereka juga tidak terlepas daripada masalah itu.

Gangguan dan tekanan antara perkara yang boleh membantut perkembangan minda anak. Sebagai insan yang baru mengenal dunia, kanak-kanak tidak seharusnya dibebankan dengan masalah orang tua mereka sehingga kadangkala ia turut mengganggu kehidupan yang sepatutnya dinikmati dengan penuh ketenangan.

Pengerusi Biro Briged Puteri Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (Mapin), Datin Ismalina Ismail, mengakui hakikat kanak-kanak tidak seharusnya tersepit dengan masalah berkenaan.

“Anak yang bermasalah selalunya daripada keluarga berpecah-belah. Tetapi tidak semua anak daripada keluarga sedemikian bermasalah.



“Ada juga rumah tangga dan ibu bapa yang bahagia tetapi anak-anak jadi porak-peranda hanya kerana mahu meraih lebih pengertian.

“Masalah akibat pengaruh luaran seperti rakan sebaya dan masalah lain di lingkungan sekolah juga boleh menjejaskan kanak-kanak.

“Baik kanak-kanak mahupun golongan dewasa, tekanan tidak pernah mengira faktor usia kerana wujudnya manusia adalah dilingkungi permasalahan di sekitarnya. Hanya mereka yang kuat, tabah, beriman dan mampu menyelesaikannya dengan bijaksana akan menjadi insan yang berjaya.

“Cara mengatasinya, terserah kepada individu itu sendiri. Kadang-kadang kita perlu luahkan tekanan itu kepada seseorang bukan dengan kemarahan tetapi berkongsi bersama orang yang rapat dan memahami supaya tekanan berkenaan akan terusir dengan sendiri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Wilayah Persekutuan menyarankan, cara lain yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah berkaitan adalah bercakap dengan diri sendiri.

Katanya, selalu bercakap dengan diri, menilai tekanan di samping berfikir sampai ke mana dan bila hendak dilayan tekanan itu, boleh memberi kesan yang lebih baik.

“Apabila bercakap sendiri, baru kita sedar yang kita tidak perlu layan tekanan seperti itu. Bagi kanak-kanak, mungkin akal mereka belum cukup matang untuk berfikir tetapi sebagai orang tua, mereka perlu memberi sokongan moral dan nasihat kepada anak.

“Untuk apa membiarkan diri tertekan atau sedih, dahi berkerut sedangkan orang lain terus gembira dan bahagia,” katanya.

Petua berikut boleh diguna pakai oleh mereka yang mengalami tekanan sama ada golongan remaja mahupun dewasa. Bahkan, kata Ismalina, kanak-kanak yang tertekan juga boleh mengamalkannya.

Guna teknik bernafas. Tarik nafas panjang, tahan dan lepaskan perlahan-lahan. Jika tekanan terlalu dirasai, tarik nafas panjang-panjang.

Lakukan urutan atau berurut. Jika ada masa urut seluruh badan, tetapi memadai duduk di atas kerusi urut untuk beberapa minit bagi mereka yang tidak ada waktu terluang.

Melakukan senaman mudah. Berjalan di sekeliling kawasan perumahan ataupun bersenam di gimnasium.

Ketawa. Ketawa dengan membaca buku, majalah lawak atau menonton televisyen sambil melihat telatah anak juga patut diamalkan.

Seperti kata pepatah, ketawa adalah ubat paling mujarab.

Mandi dengan air sejuk juga disaran untuk mengatasi tekanan. Ambil masa paling sesuai untuk syampu rambut dan selepas mandi, diri terasa segar-bugar.

Solat dan mengambil wuduk. Apabila air sembahyang terkena muka, pasti reda tekanan dialami. Lagipun ketika solat, seseorang itu rasa tenang kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui dan menjadi tempat meminta pertolongan.

Tidur. Ada yang mengatakan tidur adalah antara kaedah yang baik mengurangkan masalah tekanan. Kadang-kadang ia berkesan namun tidak semua tekanan hilang apabila tidur kerana selepas bangun, masalah itu masih terus menghantui.

Baca buku motivasi. Membaca buku berbentuk motivasi yang ada kaitan dengan tekanan, boleh membantu untuk mengurangkan tekanan.

Mendengar muzik. Ketika dilanda tekanan, tidak harus menjadikan muzik bercelaru untuk santapan halwa telinga kerana ia boleh menghasilkan kecelaruan yang berpanjangan.

Saat kepedihan melanda, elakkan mendengar lagu sedih kerana ia semakin membuat diri tidak dapat menahan perasaan dan terbawa-bawa dengan tekanan itu.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker