Seni gubahan akar tunjang
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
rencana@hmetro.com.my
 |
INDUSTRI seni ukiran tunggul dan akar pokok mungkin masih asing jika dibandingkan dengan seni ukiran kayu biasa yang berada di pasaran hari ini. |
INDUSTRI seni ukiran tunggul dan akar pokok mungkin masih asing jika dibandingkan dengan seni ukiran kayu biasa yang berada di pasaran hari ini.
Tidak ramai yang mengetahui kewujudan seni ukiran akar tumbuhan semula jadi ini jika tiada usaha untuk memperkenal dan mempromosikannya secara komersial.
Justeru, inisiatif yang diambil peminat akar pokok semula jadi dari Kuantan, Pahang, Sultan Abdul Razak, 54, boleh dijadikan contoh untuk mengenengahkan produk itu sekali gus menggalakkan lagi pertumbuhan industri berkenaan.
Menurutnya, hasil ukiran tunggul serta akar pokok semula jadi yang lebih dikenali sebagai seni gubahan akar tunjang itu boleh dijadikan pelbagai hiasan halaman dan ruang tamu kediaman.
Katanya, dia lebih gemar menggunakan istilah akar pokok semula jadi kerana setiap tunggul dan akar pokok yang digali dari dalam tanah dibiarkan begitu saja sebelum melakukan kerja pembersihan.
"Ketika menggali untuk mendapatkan akar pokok, saya menemui pelbagai jenis bentuk dan ada kalanya ia menyerupai haiwan dan benda seperti kepala rusa, ikan, sotong, siput, anjing laut dan burung hantu.
"Saya sengaja membiarkan akar pokok yang digali dalam keadaan begitu kerana mahu memelihara keunikan bentuknya yang tersendiri," katanya.
Selain itu, bapa kepada lapan cahaya mata berusia antara 12 dan 26 tahun ini juga pernah menemui tunggul kayu yang mempunyai bentuk kalimah Allah serta akar menyerupai manusia menadah tangan memohon keampunan.
Sultan memperoleh tunggul dan akar pokok yang kebanyakannya dari jenis kayu cengal dan jati di sekitar tanah rancangan Felda, kawasan hutan dan pinggir bandar di negeri berkenaan.
Katanya, dia hanya akan melakukan kerja menggali selepas mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berwajib termasuk permit daripada Jabatan Hutan Negeri.
Kini rumahnya di Taman Polo, Indera Mahkota, menjadi tumpuan masyarakat untuk melihat dengan lebih dekat keistimewaan tunggul dan akar pokok berkenaan.
"Selepas mendapat kelulusan, baru saya dan pembantu berusaha memotong tunggul dan akar kayu yang kebanyakannya ditinggalkan begitu saja terutama di kawasan Felda.
"Tunggul kayu yang dijadikan meja rehat di laman rumah saya memerlukan kudrat lapan orang mengusung dari lori dan saya mengambil masa tiga hari untuk mengalihkannya ke kedudukan sekarang.
"Jika ada yang berminat saya sedia menjual dengan anggaran RM30,000 dan selepas diukir dengan lebih menarik, ia boleh mencecah sehingga RM70,000," katanya.
Dalam pada itu, Sultan berkata, idea untuk memulakan perusahaan ini timbul selepas dia terpandang satu ukiran kayu semula jadi pemberian seorang ahli keluarga.
"Bermula dari situ saya mengambil inisiatif mencari kenalan dan meminta bantuan untuk memulakan perusahaan ini.
"Saya percaya ini satu rahmat dan dibukakan pintu rezeki untuk meneroka dengan lebih mendalam potensi gubahan akar tunjang memandangkan belum ada pihak lain yang bersedia mencari gali tunggul yang berusia hingga ratusan tahun," katanya.
Sementara itu, katanya, seorang rakan memberi dorongan memulakan perusahaan terbabit kerana berpendapat seni ukiran kayu ini tidak lekang dek panas dan tidak lapuk ditelan zaman.
Untuk itu, dia tidak teragak-agak untuk menyertai Ekspo Karnival Perusahaan Kecil dan Sederhana pada Ogos lalu untuk mempromosikan lagi hasil ukirannya yang sudah diubah suai seperti meja, kerusi, perhiasan luar dan dalam kediaman.
"Mulai sekarang, saya perlu bekerja lebih gigih untuk mendapat lebih banyak bekalan kerana ramai individu sudah menyatakan keinginan untuk mendapatkan tunggul dan akar pokok yang sudah dibersihkan dan dikilatkan untuk hiasan kediaman atau ruang pejabat.
"Saya yakin seni ukiran kayu tradisional ini berpotensi untuk dipasarkan sehingga ke peringkat global memandangkan permintaan tinggi yang diterima dari individu serta syarikat korporat," katanya.
|
| Lain-lain artikel : |
- Hasina berhati waja
- Gaya santun, kontemporari
- Kulit sihat, segar
- Rockers ceriakan kanak-kanak istimewa
- Leo paling comel
- Keanggunan blaus sifon
- Farida pejuang wanita Afghanistan
- Geran bantu pusat latihan OKU
- Seronok bersama keluarga angkat
- Hayati seni bertudung
- Jessica memang hebat
- Mendidik Orang Asli prihatin kesihatan
- Kereta penyelamat Bond
- Fesyen pengantin cetus kelas tersendiri
- Tanda kertas ujian di pesawat
- Bergaya dengan jubah
- PKJ taja percutian
- Dua terima hadiah daripada Planta
- Kayuhan Chong untuk dana pesakit barah
- Tuah Charice melimpah-ruah
- 'Hero Obama'
- Tudung pasang siap dalam 3 minit
- Rawat rambut kusam dengan '3-Minute Miracle'
- Colgate sumbang kit penjagaan mulut
- Jualan penyu hijau lavender di Hotel One World
- Elaine paling menarik, kreatif
- MayoSqueeze diperkaya Omega Tiga
- Pesona remaja
- Perginya pejuang Afrika Selatan
- Kurangkan kedutan sekitar mata
- Badan sihat, kulit cantik
- Gempal bukan alasan
- Dr Jism rawat kegagalan seksual
- Kumpul dana bantu OKU
- Hilang kerja kerana hijab
- Empat fabrik, satu busana
- Pilih fabrik sesuai untuk tudung gipsi
- Potjaman berhati waja
- Tetap ceria meskipun ketika datang haid
- RSH beri baju percuma
- Fesyen moden penuh santun
- MiniNovella: Inspirasi
- 'Masih trauma tragedi Titanic'
- Rawat diabetes, lemah syahwat
- Wartawan terima bayaran tertinggi
- Sepi Sekuntum Mawar
- Yayasan iktiraf wanita
- Kids Scuba papar hidupan laut
- Dr Jism bantu rawat lemah tenaga batin
- Mini Novella Fair & Lovely: Sejujur Cinta Seluhur Impian
- Busana Shafira sopan, ringkas
- Mini Novella Fair & Lovely: Prebet Comel
- Program amal masyarakat
- Wanita Luar Negara: Naomi tumpu fesyen amal
- Bantu remaja malang
- Kek Kasih
- Kediaman 1,000 anak
- Verena buat kejutan
- Elianto seri wajah kusam
- Itang pertaruh rekaan telekung
- Gaya kontemporari, tradisional
- Wanita hebat Indonesia
- Anggun serlah karisma
- Bertudung cara cepat, ringkas
- Bergelut isu peribadi
- Utama konsep halal
- Busana tradisi bersopan
- Bukan alasan gapai impian
- Khasiat minyak amaranth
- Tudung santai ikut agama
- Si jelita Olimpik
- Rakan niaga Al-Jabbar
- Wajah tak sehebat suara
- Kurma, madu Majesty pulih tenaga
- Koleksi anggun Hajaba
- Tudung glamor majlis eksklusif
- Nasi beriani paha ayam
- Kembali ke pentas Olimpik
- Pesona tudung
- Kendali tiga tangan robotik
|
|