» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Elak alat ganti murah





PEMILIHAN alat ganti bagi kenderaan banyak membantu jangka hayat jentera. Elak memilih alat ganti murah kerana walaupun menjimatkan wang tetapi dalam jangka panjang anda mungkin mengeluarkan belanja dua kali ganda.

Ada pemilik yang menganggap faktor harga menjadi asas pemilihan alat ganti kereta, sedangkan sukar didapati alat ganti kenderaan yang murah tetapi bermutu tinggi.

Bagi pengedar dan pemborong alat ganti, Bay Teong Sitt, pemilik kenderaan perlu mengutamakan keselamatan kenderaan dan pemandu serta penumpang sebelum memasang alat ganti.

"Pasaran alat ganti kenderaan memang luas dan ada pihak berminat membuat duit daripada alat ganti bagi kereta yang popular.



"Mereka yang terpengaruh akan membeli produk berkenaan tanpa mengira kesan jangka panjang," katanya yang mengusahakan kedai alat ganti Bay Brothers Auto Sdn Bhd, Petaling Jaya.

Katanya, pemilik kenderaan tidak berfikir panjang dan ingin menjimatkan wang, mereka menggantikan alat asal yang rosak dengan alat tiruan yang murah, sedangkan penggunaannya boleh mendatangkan bahaya.

"Paling menakutkan, mereka seolah-olah mempertaruhkan nyawa apabila berlaku kemalangan.

"Kebanyakan barang tiruan kelihatan seperti asli, tetapi rekabentuknya begitu mudah sekali, justeru ia boleh dijual murah," katanya.

Sitt berkata, harga lebih murah, 'tiada perbezaan dengan tulen' sering menjadi punca utama memilih alat tiruan dan tidak mustahil kualiti rendah boleh menyebabkan kerosakan besar pada masa akan datang.

"Pemilik perlu menjaga kereta masing-masing secara mutlak untuk memastikan ia terus menghasilkan prestasi yang cemerlang dan selamat untuk dipandu.

"Pengguna kenderaan jangan kedekut membeli alat ganti tulen untuk mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

Menurutnya, alat ganti tulen tidak jauh bezanya dengan harga barang tiruan dan orang ramai perlu mengelak membeli barang palsu.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker