» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

CCM serah set kit kesihatan jemaah haji





SELAMA lima tahun berturut-turut, Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) menyumbang 28,000 set kit kesihatan peribadi bernilai RM700,000 kepada jemaah haji menerusi program Sahabat Korporat Tabung Haji.

Selain menyumbang kepada jemaah haji Malaysia, CCM mengagihkan 3,000 kit kesihatan kepada jemaah haji Singapura dan 1,800 set kepada jemaah haji Brunei sejajar dengan komitmen meluaskan tanggungjawab korporat kepada negara Asean.

Pada majlis penyerahan kit berkenaan di ibu negara baru-baru, CCM menyampaikan sumbangan itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, disaksikan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.

Pengarah Urusan CCM Bhd Group, Datuk Dr Mohd Hashim Tajudin, berkata pihaknya memahami kesukaran serta keadaan kesihatan jemaah haji ketika mengerjakan ibadah haji yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental.



Menurut Dr Mohd Hashim, kit kesihatan berkenaan menyediakan produk bahagian farmaseutikal CCM seperti Flavettes vitamin C bagi membantu mengukuhkan ketahanan badan, Uphamol 650 untuk melegakan sakit kepala atau demam serta minyak Sloans untuk melegakan sakit otot.

Turut disertakan adalah O-Fresh untuk kebersihan dan kesihatan mulut seharian serta perlindungan daripada kuman yang menyebabkan mulut berbau busuk dan plak gigi, Flavettes Lozenges bagi melegakan sakit tekak serta Eye Glo untuk masalah mata akibat cuaca panas dan kering.

Dr Mohd Hashim berkata, setiap tahun, jutaan jemaah haji berkumpul di Makkah dalam keadaan bersesak-sesak di bawah pancaran terik matahari.

Ia menyebabkan jemaah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, mata kemerah-merahan, sakit tekak dan kekejangan otot.

Katanya, suasana persekitaran berubah selama lebih sebulan sebaik saja jemaah haji menjejak kaki di bumi suci itu apabila keadaan geografi, cuaca, iklim, makanan dan budaya masyarakat berbeza.

“Kit kesihatan kami ini lengkap untuk merawat dan mengatasi masalah terbabit serta dapat membantu jemaah haji tempatan dan negara jiran melaksanakan rukun Islam kelima dengan sempurna.

“CCM berpendapat jemaah haji perlu menjaga kesihatan bagi memastikan mereka dapat mengerjakan ibadah haji dengan selamat dan sempurna.

“Kami yakin usaha ini akan membantu meningkatkan pengetahuan jemaah cara menjaga kesihatan, kebersihan dan menguruskan diri sendiri serta dapat menolong mereka mengatasi segala komplikasi ketika mengerjakan ibadah haji,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker