» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

KTS janjikan kelainan

Oleh Mohd Noriskandar Arbain
rencana@hmetro.com.my


KAFE Teh Sarabat (KTS) menjanjikan kelainan kepada pelanggannya melalui menu yang disediakan menerusi gabungan keunikan rasa juadah Melayu dengan kepakaran masakan India.

Beroperasi di pusat beli-belah City Square, Johor Bahru, KTS menyediakan menu yang mampu membuka selera pengunjung termasuk murtabak, roti canai, rojak sehinggalah menu utama seperti nasi beriani kari ikan dan asam pedas.

Malah pengunjung juga boleh menikmati juadah seperti sarabat laksa, kari kepala ikan dan set nasi lemak sarabat yang menjadi kepakaran chef di kafe berkenaan.

Bagi penggemar laksa, pengunjung boleh menikmati asam laksa ataupun mencuba sarabat laksa yang menjadi kepakaran kafe itu dengan gabungan rasa pedas dan masam.



Antara hidangan lain yang turut menambat rasa adalah daging rendang, set beriani sayur, ikan sambal, kambing mysore, kari kurma ayam, mi goreng makanan laut dan sotong goreng.

Jangan lepaskan peluang mencuba sendiri teh tarik, milosaurus, horlicks volcano dan tentunya, teh sarabat yang menjadi kepakaran KTS.

KTS beroperasi seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam. Bagi yang berminat untuk mencuba, kadar harga yang ditawarkan adalah serendah RM5 dan untuk maklumat lanjut, hubungi 07-2213013.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker