» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Keluarga Rakob bertemu di Morib

Teks dan gambar Aminudin Ismail



INISIATIF mengadakan sambutan hari keluarga secara besar-besaran bukanlah mudah kerana ia memerlukan masa dan sumber kewangan yang banyak.

Bertempat di Rumah Peranginan Persekutuan Pantai Morib, Morib, Selangor, baru-baru ini, seramai 165 ahli keluarga keturunan Haji Rakob berjaya dikumpulkan dalam satu Program Hari Keluarga Rakob (HKR) 2008 yang julung kali diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka.

Pengerusi Program, Saripan Rakob, berkata idea mengadakan hari keluarga itu tercetus apabila melihat ahli keluarga sudah berkembang manakala generasi baru sudah semakin tidak mengenali generasi lama.

"Jadi, dengan adanya program seperti ini, semua pihak akan mewujudkan semula situasi saling mengenali antara satu generasi dengan genarasi lain.



"Program ini juga menjadi lebih besar daripada yang dirancang kerana penyertaan dan sokongan menyeluruh daripada semua ahli keluarga," katanya.

Untuk perancangan selepas program berkenaan, Saripan berkata, satu direktori khas keluarga akan dibuat ahli jawatankuasa (AJK) bagi kemudahan setiap keluarga untuk pelbagai urusan dan rujukan pada masa akan datang seperti jemputan perkahwinan.

Salah seorang AJK program, Yusof Rakob, berkata, pada awalnya pihak AJK meragui kejayaan program berkenaan tetapi ia sangat memuaskan dan lebih berjaya daripada perancangan awal.

"Wakil semua keluarga turut bersepakat supaya program ini diteruskan pada masa depan tetapi penganjurannya dipilih sekali dalam tiga atau empat tahun.

"Lokasi kali ini menjadi pilihan kerana keadaan tempat yang cantik serta kedudukannya di tengah perjalanan yang memudahkan kunjungan seluruh peserta yang datang dari utara dan selatan tanah air serta pantai timur," katanya.

Peserta, Masriah Mahmud, 53, berkata program berkenaan diharap dapat diteruskan supaya hubungan silaturahim tidak terputus.

"Program ini dapat membuka ruang bagi generasi baru supaya dapat mengenali generasi lama," katanya.

Seorang lagi peserta, Fasiha Sakiron, 31, berkata hari keluarga itu menemukannya dengan ramai saudara-mara yang tidak pernah dikenali, malah ada antaranya saudara dekat.

Menurut maklumat yang dikumpul AJK sehingga 2008, keluarga Rakob memiliki 27 anak dan menantu, 108 cucu, 151 cicit dan 21 piut.

Uniknya keluarga ini adalah cantuman daripada hasil perkahwinan bersalin tikar antara Rakob Abdul Kadir (1901 hingga 1974) dengan Mariam Elias (tarikh lahir tidak diketahui) dan Sharipah Elias (1920 hingga 1997) di Muar, Johor.

Program yang menelan belanja RM10,000 itu diisi dengan bacaan Yasin, tahlil dan marhaban selain tayangan video kisah silam dan sesi perkenalan daripada generasi pertama hingga kelima.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker