» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Barang kemas serlah imej diri

Oleh Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my


SETIAP wanita tentunya ingin tampil bergaya ketika menghadiri majlis keraian mahupun sesuatu perayaan.

Bagi sesetengah wanita, gaya mereka tidak lengkap tanpa memakai perhiasan seperti barang kemas yang dikatakan dapat menyerikan penampilan sekali gus menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.

Biarpun hanya memakai sebentuk cincin tetapi suka atau tidak, barang kemas sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri yang menjadikannya idaman wanita.

Untuk itu, syarikat pengeluar barang kemas terkemuka, SMS Deen Jewellers Sdn Bhd (Deen Jewellers) di Jalan Masjid India, tampil dengan himpunan barang kemas dengan potongan yang begitu menawan dan sukar dibandingkan dengan perhiasan daripada jenama lain.



Dengan pengalaman 15 tahun dalam pembuatan barang kemas berkualiti, Deen Jewellers nyata memiliki identiti tersendiri dalam setiap perhiasan diri yang dihasilkan. Setiap rekaan barang kemasnya mempunyai personaliti dan keunikan, menjadikan ia berbeza daripada barangan perhiasan diri yang lain.

Antara rekaan terbaru yang menambat hati adalah set barang kemas 916 daripada Turki, Bahrain dan Dubai dengan motif flora dihiasi dengan rodium, sesuai digayakan ke majlis kenduri kahwin, majlis rasmi mahupun kunjung mengunjung rumah saudara mara.

Ada juga barang kemas bermotif bunga dan abstrak dengan rekaan ringkas yang boleh digayakan ke majlis kasual. Koleksi ini merangkumi set bermula kalung, rantai leher, rantai tangan dan kaki, subang dan cincin menawan.

Istimewa bagi kaum muslimin yang bertudung, rekaan rantai leher Dubai dengan potongan laser pasti mudah disuai padan dengan pakaian, beg atau kasut. Koleksi rantai leher ini juga memenuhi keperluan wanita moden hari ini yang enggan sarat berhias barang kemas.

Bagi mereka yang menggemari barang kemas berhias penuh di dada, kalung tebal rekaan dari Calcutta dan Mumbai, dengan corak teliti pasti membuatkan pemakai kelihatan cantik menawan.

Menurut Pengurus Jualan Deen Jewellers, Shaik Abdul Kader, selagi sesuai dengan gandingan gaya penampilan, pemakaian barang kemas yang ada sentuhan klasik dan moden, tetap tampak serasi untuk sesiapa saja tanpa mengira usia si pemakainya.

“Tidak seperti beberapa dekad lalu di mana barangan kemas diibaratkan perhiasan untuk golongan berusia, pemikiran generasi wanita kini sudah berubah di mana rekaan unik barangan kemas menjadi perhatian penggemar fesyen yang mahukan penampilan diri menyerlah.

“Koleksi barangan kemas Deen Jewellers untuk mereka yang ingin menerokai keunikan dalam penampilan,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker