» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Kek cawan berkrim





KEK cawan kian digemari khususnya di pelbagai majlis keraian. Si kecil pastinya seronok melihat deretan kek cawan yang dihias menarik untuk majlis ulang tahun hari lahir.

Malah, kek cawan antara sajian dinanti-nantikan pada majlis pertunangan atau perkahwinan. Resipi kali ini mengetengahkan kaedah membuat kek cawan yang menarik untuk dicuba.



Bahan:



A

4 biji telur

1 sudu besar pemantap kek (Ovalette /Q 75)

100 gram gula pasir

5 sudu besar air



B

120 gram tepung gandum

60 gram tepung jagung

11/2 sudu besar serbuk penaik

(Campur bahan B dan diayak)



C

120 gram minyak jagung Daisy

1 sudu besar perisa oren, strawberi atau pandan



Bahan hiasan:

Krim putar:

200 gram lemak sapu FarmCows

150 gram gula aising

1 sudu kecil perahan jus lemon

1/2 sudu kecil pewarna coklat

1/2 sudu kecil pewarna merah

1/2 sudu kecil pewarna hijau



Pilihan tambahan:

Buah kiwi, strawberi dan anggur - dipotong



Cara membuat:

1. Putar telur dan pemantap kek dengan mesin pemutar selama tiga minit.

2. Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit, putar lagi selama lima minit dengan kelajuan sederhana.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil memutar dengan kelajuan tinggi selama satu minit.

4. Kemudian, masukkan bahan B yang sudah diayak ke dalam adunan telur tadi. Putar adunan dengan kelajuan yang perlahan hingga sebati.

5. Masukkan minyak jagung Daisy dan sebatikan.

6. Setelah itu, perisa dimasukkan dan kacau hingga sebati.

7. Adunan dituang ke dalam acuan cawan kertas di loyang hingga penuh.

8. Bakar adunan kek cawan selama 15 minit pada suhu 175 darjah celsius di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dulu.

9. Setelah itu, keluarkan kek cawan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Hiaskan dengan krim putar.

10. Untuk membuat krim putar, gunakan mesin untuk memutar lemak sapu selama dua minit sehingga lembut. Masukkan gula aising, putar lagi selama lima minit sehingga gebu. Kemudian, masukkan perahan jus dan pewarna, sebatikan.

11. Untuk menghias, masukkan krim putar dalam beg penyalur dan hias mengikut cita rasa.

12. Jika mahu, potongan buah kiwi, strawberi dan anggur boleh diletak di atas hiasan krim putar.



Pilihan lain: Adunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian dimasukkan perisa yang berlainan.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker