» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

65 peratus pengguna kanta lekap tak patuh arahan





KAJIAN terkini mendapati kira-kira 65 peratus pengguna kanta lekap di seluruh Asia tidak mematuhi arahan yang disediakan pakar penjagaan mata.

Kesibukan seharian dikatakan alasan bagi mereka kurang mematuhi arahan penjagaan terbabit. Namun, pakar penjagaan mata berpendapat selain gaya hidup yang sibuk, faktor penyumbang utama lain adalah tidak sensitif terhadap potensi risiko dan rasa selesa dengan keadaan sedia ada.

Menurut Pakar Mata, Dr Chung Kah Meng, yang juga ahli Sidang Kemuncak Asia Pasifik Berhubung Penjagaan Kanta Lekap, kebanyakan pengguna kanta lekap mengendalikan kanta mereka menerusi cara yang mempunyai risiko serius jangkitan mata.

"Kanta lekap memang sangat berkesan dan alat perubatan yang selamat selagi ia dipakai mengikut peraturan. Pengguna harus tahu bahawa teknik menggosok dan membilas menerusi kempen kesihatan mata adalah regimen pembersihan yang disarankan untuk kanta lekap. Ia mampu mengurangkan jangkitan mata sekali gus menggalakkan mata yang lebih sihat," katanya ketika pelancaran kempen Kesedaran Kesihatan Mata Complete di ibu negara, baru-baru ini.



Menurutnya, pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan terutama di kalangan pengguna kanta lekap serta mereka yang mempunyai sejarah penyakit mata di kalangan ahli keluarga dan faktor risiko lain.

"Kebanyakan kita mengunjungi doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk mengekalkan kesihatan dan penampilan gigi serta gusi. Kita harus melakukan perkara serupa untuk mata, melakukan pemeriksaan mata secara menyeluruh sebaiknya sekali setiap enam bulan atau sekurang-kurangnya setahun sekali," katanya.

Sempena kempen kesedaran terbabit, Dr Chung menyediakan lima panduan untuk pengguna kanta lekap:

1. Gosok kanta dengan bersih. Sejak akhir-akhir ini, cecair pembersih "tanpa menggosok" semakin popular tetapi kini kebanyakan doktor mata menggunakan pendekatan "gosok dan bilas".

Dr Chung pula menyifatkan kaedah menggosok kanta dengan bersih adalah cara yang selamat. Jika menggunakan cecair serba guna, letakkan beberapa titik cecair di tapak tangan sebelum meletakkan kanta lekap, kemudian gosok perlahan selama 10 saat pada setiap belah kanta dalam gerakan ke hadapan, ke belakang dan ke atas, ke bawah pada kanta terbabit.

Kemudian, bilas kanta dengan lebih banyak cecair selama lima saat pada setiap belah sebelum meletakkannya di dalam bekas penyimpan kanta lekap menggunakan cecair serba guna yang baru serta membiarkan kanta terbabit direndam sekurang-kurangnya enam jam untuk tujuan pembersihan dan penyingkiran protein.

2. Kanta harus sentiasa dibilas dengan cecair kanta lekap, bukannya air paip. Air paip mungkin mengandungi organisme mikro yang boleh menyebabkan jangkitan mata.

Kanta lekap dan air paip tidak harus bercampur. Namun, kajian terkini mendapati lebih daripada seorang di kalangan lima pengguna kanta lekap tidak menyedari bahaya terbabit.

3. Elak daripada menggunakan kanta lekap di kolam renang. Kira-kira 70 peratus pengguna kanta lekap dilaporkan berendam di dalam air ketika memakai kanta mereka.

Risiko air terbabit memasuki kanta lebih ketara dalam persekitaran basah. Kebimbangan lain termasuk bahan kimia yang digunakan di dalam kolam renang dan risiko kehilangan kanta lekap.

4. Jangan biarkan bekas penyimpan kanta menjadi tempat jangkitan. Doktor biasanya menasihatkan pesakit supaya membersihkan bekas penyimpan kanta lekap setiap hari dengan cecair kanta dan menggantikan bekas terbabit mengikut tempoh. Kajian terkini mendapati kebanyakan pengguna kanta lekap tidak mematuhi saranan dan sesetengahnya tidak membersihkan bekas penyimpan mereka.

Pengguna kanta lekap juga harus mengelak daripada menambah sedikit cecair baru tanpa membuang cecair yang sudah digunakan dan membersihkan bekas terbabit. Cecair yang sudah digunakan boleh menyebabkan kemunculan bakteria berbahaya yang mengakibatkan jangkitan.

5. Ikut nasihat pakar profesional penjagaan mata. Ini kerana, setiap mata berbeza daripada orang lain lalu nasihat pakar cukup penting untuk dipatuhi manakala kanta lekap pula adalah alat perubatan yang sensitif.

Kempen kesedaran yang dilancarkan Optik Perubatan Lanjutan (AMO) di Pusat Mata Lions, Kuala Lumpur itu, memberi penekanan terhadap kepentingan penjagaan kanta lekap dengan menggalakkan pengguna mengamalkan penjagaan kanta lekap yang betul.

Pengurus Pemasaran Serantau AMO, Lim Chun Aik, berkata penggunaan cecair serba guna yang dirumus khas untuk membolehkan pengguna menggosok kanta lekap mereka seperti cecair Complete Easy Rub boleh menyingkirkan 99.999 peratus mikrob termasuk bakteria dan kulat daripada kanta lekap.

"Ia hanya mengambil masa kurang seminit sehari untuk menggosok dan membilas kanta lekap tetapi kebanyakan pengguna kanta lekap tidak mengamalkan langkah mudah yang boleh meningkatkan kesihatan mata mereka secara keseluruhan," kata Lim.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker