Sasaran Dhadchayini
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
 |
MELONJAK sesebuah syarikat untuk dikenali baik dari segi penjenamaan atau produk berkualiti menjadi tanggungjawab syarikat Perhubungan Korporat (PR) yang ditauliahkan. |
>Profil
Nama: Dhadchayini Gopala Krishnan
Jawatan: Pegawai Perhubungan Korporat, Waves PR Sdn Bhd, 10 Jalan 14/49 Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor.
Pendidikan: Diploma Perhubungan Awam dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kolej Taylor)
Status: Bujang
Adik-beradik: (Anak sulung daripada tiga beradik); Nandini, 22, Ragavendra, 18.
MELONJAK sesebuah syarikat untuk dikenali baik dari segi penjenamaan atau produk berkualiti menjadi tanggungjawab syarikat Perhubungan Korporat (PR) yang ditauliahkan.
Tanggungjawab dipikul menyebabkan Dhadchayini Gopala Krishnan, 25, meletakkan sasaran tersendiri iaitu mendahulukan kerja sebagai keutamaannya.
Cabaran serta kerenah khalayak atau pelanggan yang diwakili syarikat mahupun berdepan dengan media, mematangkan wanita yang berasal dari Ipoh, Perak ini.
"Sebelum ini saya banyak membabitkan diri dengan syarikat yang mengurus bidang pengacaraan dan pameran.
"Tetapi bertugas di syarikat PR ini menuntut tugas serta pengorbanan yang bukan sedikit buat saya mempelajari sesuatu. Yang terpenting, semua ini mengajar saya lebih kuat, tabah, menyimpan semangat selain mempraktikkan kesabaran tinggi," katanya.
Percaya kepada kerja keras membuatkan wanita ini seronok melaksanakan kerjayanya.
"Memandangkan dari dulu lagi saya gemar bergaul dengan orang ramai, tanggungjawab, pilihan kerjaya serta amanah yang dipikul ini menarik.
"Bahkan, ia sekali gus mencabar diri saya bekerja dalam suasana penuh tekanan di samping bijak mengurus masalah. Bagi syarikat yang diwakili, pasti kesungguhan yang ditunjukkan amat bererti buat mereka kerana apabila syarikat berjaya, ia juga hasil usaha kami. Namun kita kena berpijak di bumi nyata, melakukan yang terbaik adalah tugas kita supaya pelanggan puas hati.
"Tidak dinafikan dalam setiap tugas, saya berdepan dengan cabaran dan tanggungjawab besar. Semua itu mengajar saya bijak menggunakan kesempatan, masa dan peluang terutama dalam menangani sesuatu isu.
"Sehingga kini, apabila pelanggan kami puas hati ia amatmenggembirakan saya. Soal mendapat pujian terhadap sesuatu yang dilakukan tidak timbul sebaliknya saya seronok melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan," katanya yang baru beberapa bulan menggalas tugas di syarikat berkenaan.
Mencatur perjalanan dalam kerjaya yang dirintisnya, dia mengakui sikap suka bersaing menjadi titik-tolak kepadanya. Sikap bersaing dengan sepupunya sejak di sekolah menengah di kampung apatah lagi sepupunya turut mengambil bidang komunikasi, membuatkan dia turut teruja.
Bahkan, sebaik memasuki bidang berkenaan dia turut merasakan tempias dan mengetahui selok-belok bidang PR bukan sekadar keseronokan yang ditemui.
Lebih daripada itu, katanya, ia membentuk jati diri di samping kekuatan mental dan fizikal sebelum menempah sesuatu kejayaan hasil sasaran yang hendak dicapai.
"Tidak dinafikan dalam organisasi yang diwakili, sudah tentu ada pelbagai etnik bangsa. Tetapi sebagai pekerja, saya mengambil sikap profesional dan banyak memerhati selain bijak mempelajari ilmu untuk meningkatkan kemajuan diri.
"Jangan ambil mudah sesuatu tanpa memikirkannya lebih mendalam. Ia banyak mengajar saya lebih matang dalam setiap tindakan yang dilakukan," katanya yang berpenampilan menarik serta peramah dan penuh santun ketika berbicara.
Berbangga sikap orang tuanya yang tidak pernah mengongkong minat dan impiannya dalam menggapai cita-cita, dia mengakui keluarga amat penting sebagai perangsang menggapai impian.
Dia turut mengakui bapanya, pengurus estet di Sungai Siput, Perak sering bertugas di pelbagai daerah dan anak-anak sering berpindah mengikutinya.
Semua itu katanya, mendedahkan pelbagai pengalaman berguna mengenai nilai dan budaya setempat tetapi tidak memberi masalah sebaliknya, ia suatu pengalaman berguna.
Baginya, bapa menjadi pemangkin dalam cita-citanya kerana keterbukaan sikap bapa banyak membuka mindanya mengenai pergaulan.
Begitu juga dengan ibunya, Sarala Kesavan, 51, pegawai di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Ipoh, Perak, tahu apa yang dipilihnya tanpa pengaruh sesiapa dalam membuat keputusan.
"Bahkan, ibu selalu menitipkan semangat untuk menggapai sesuatu mesti didahulukan dengan kesungguhan. Sebagai orang tua, mereka banyak mendidik dan memberi ruang terbaik buat anak-anak.
"Sebagai kakak sulung, saya cuba menjadi contoh dengan menasihati mereka supaya tidak mengambil mudah aspek kekeluargaan kerana keluarga penting dalam hidup," katanya yang sudah bertunang dengan pemuda pilihan hati dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan.
Mengenai adik-adiknya, dia akur setiap mereka mempunyai impian berbeza untuk digapai.
Jika dia tidak pernah dihalang minatnya, begitu juga adiknya sekalipun mereka punya kecenderungan yang tidak sehaluan dengannya.
"Kepada adik-adik, saya selalu katakan lakukan sesuatu dengan bijak untuk melihat hasilnya. Buat yang terbaik dan jangan ambil mudah terhadap sesuatu kerana setiap orang ada tanggungjawab masing-masing jika mahukan kemajuan berterusan dalam hidup," katanya bangga bercerita mengenai Nandini yang mempelajari bidang perakaunan, manakala adik lelaki bongsunya menyimpan impian untuk menjadi juruterbang berjaya suatu hari nanti.
|
| Lain-lain artikel : |
- Tangani kemarahan
- Fokus azam awal tahun
- Cekal bimbing anak istimewa
- Rahsia kecantikan tradisi
- Aura segar Hilary Duff
- Spa dalam taman
- Sentuhan seni jam unik
- Esen lemon asli singkir sel kulit mati
- Mahligai cinta utuh
- Buah tangan Hari Natal
- Larian amal Kebatim
- Himpunan senjata tradisional
- Magnolia persembah Princess Wishes
- Kapsul halia atasi obesiti
- Bulu mata menawan
- Solekan mineral mesra kulit
- Sanex hilangkan bau, pelihara kulit
- Kerja gigih buahkan hasil
- GCA pemangkin pemasaran Avon
- Cari pasangan terbaik
- Bawa lebih kad kredit
- GC Avon pemangkin dalam pemasaran
- Kerja gigih buahkan hasil
- Sanex hilangkan bau, pelihara kulit
- Inovatif hasilkan kesan menakjubkan
- Romantis: Cari pasangan terbaik
- Masalah mahkota
- Kenali budi pekerti wanita dicintai
- Wangian segak maskulin
- Susut badan berkesan apabila diumpan wang
- Lima set edisi terhad SK-II
- Peri penting perunding kulit
- Mahu susut 2kg lagi
- Koleksi hangat Christian Dior
- Ubah sikap, bersemangat, petua lebih ceria walaupun jiwa bergelora
- Berkahwin pahala, kukuh iman
- Sembilan petua doa dimakbul
- SK-II pilihan Carina
- Pesona wangian Dior
- Bella buka pusat rawatan di Subang Jaya
- Diskaun 70 peratus jam jenama
- Koleksi kompak musim cuti
- Panduan pilih bakal isteri
- Dr Jism murah, bermutu
- 63 petua bahagia
- Produk bantu kelihatan muda
- Jelajah dunia hiburkan si kecil
- 6 rumah kebajikan terima RM40,000
- Rawat penyakit lemah tenaga batin
- Dugaan cinta jarak jauh
- Haruman Gadis Bond
- Agama, moral asas bentuk keluarga bahagia
- Berlakon cemerlang pupuk sikap positif
- Pelembap kuatkan ketahanan kulit
- Persiapan penulis muda
- Nikmat belai diri di Tjantek
- Kongsi mimpi indah anda
- Watsons lega sakit kepala
- Rawat tumit merekah
- Bio-Oil hapus kesan parut
- Atasi masalah penuaan kulit
- Fahami situasi pasangan gawat
- Rawat lemah tenaga batin
- Lelaki lebih berahsia
- Solek mata, bibir ubah wajah
- Gaya ikut selera si dia
- Pelihara sutera tenun Pahang
- Tampil anggun dengan produk NV
- Ombak besar tambah 2 versi produk
- Bosan hidup membujang
- Khasiat bunga Immortelle
- Clarins tanam 100 anak pokok bakau
- Laman web bantu perokok
- Dilema cinta suami orang
- Wajah segar Aidilfitri
- Dr Jism rawat lemah syahwat
- Gubahan hamper bernilai komersial
- Niat baik teras pergaulan
- Nestle bina tadika keempat
- Sama minat lebih mudah
- Junaidah kongsi petua
- Gel rambut Unza ubah penampilan
- Anggur terapi penyegar kulit
- Berseri dalam 3 minggu
- Cinta ubat, racun jiwa
- Dr Jism rawat kencing manis, lemah syahwat
- KPJ sedia bufet Ramadan
- 14 hari baharui kulit
- Family Dr murah, berkualiti
- Cara kreatif galak anak makan
- Gugur bulu roma dengan Veet
- Cantik tanpa pembedahan
- Dr Jism murah, bermutu
- Tabiat pemakanan sihat
- Terbaru daripada Elizabeth Arden
- Wagner perkenal koleksi terbaru
- Pintu bahagia sentiasa ada
- Lanjut tarikh akhir
- Jaga kulit cara Genistein
- Kempen penjenamaan semula Nivea
- Kemaafan warnai cinta sejati
- Awasi anak layari Internet
- Bersih, harum berkekalan
- Saling memberi, menerima
- ‘Doktor ikan’ di Eve Spa
- Ketahui punca merajuk
- Konsep tradisional
- Pulih remaja bermasalah
- Petua bentuk anak bersopan
- Solekan De’Wajah ringkas, bergaya
- Anggur hitam superfruit nombor satu
- Saling percaya, jujur kunci bahagia
- Gincu seri, rawat bibir
- Mereka dahaga kasih sayang
- Superfruit vitamin C
- Lelaki berpendirian antara ciri idaman wanita
- Bergaya dengan Marcello de Cartier
- Pakar bikin baju Melayu
- Chef Chitra kongsi 2 resipi rahsia
- Buah-buahan kaya khasiat
- Sabun mandian Radox gabung 13 herba, mineral
- Kenali keikhlasan si dia
- Atasi kecelaruan hormon
- Berterusan cari bahagia
- Spa rambut percuma di P&G
- Cari alternatif kekal bahagia
- Jaspal gaya fesyen Asia
- Gedung maya Easy Pha-max
- Serlah rambut dengan Igora Imagine
- Haruman terbaru dari Avon
- Petua menyuburkan cinta
- Rumusan elak kulit gelap
- Suami miang, isteri dingin
- Anak sanggup tetak, pijak ibu
- Manjakan diri di St Gregory
- Romantis: Cinta magnet pikat pasangan
- Produk SK-11 buat wajah cantik
- Produk istimewa Syahirah
- Roamntis: Petua kekal kebahagian
- Elak ‘perang dingin’
- ‘Tiada lagi kesakitan’
- Rambut cantik, wajah berseri
- Bantu si kecil pilihkaca mata
- Ikan untuk wanita hamil
- Maskara serlah penampilan
- Dynas duta baru Safi Balqis
- Krim pemutih baru L'Oreal
- Romantis: Cinta lelaki pelik, unik
- Formula pemutihan Nivea guna ekstrak bunga matahari
- Anak beranak jadi jururawat
- Krim malam antipenuaan
- Angelfit Maybelline bantu kulit licin, cantik semula jadi
|
|