Giant jemput 1,000 lelaki bercukur
SERAMAI 1,000 lelaki Malaysia dijemput bergembira dan pastikan jangan bercukur apabila anda keluar dari rumah, Sabtu ini.
Ini kerana anda akan diberi pisau pencukur dan memenangi hadiah sehingga RM2,500 di Pasaraya Giant Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
Acara ini juga akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records sebagai 'Jumlah Paling Banyak Bercukur Dalam Sehari'.
Setiap seorang yang mengambil bahagian dalam acara untuk memecah rekod Malaysia itu akan dihadiahkan pisau pencukur Gillete MACH8 Turbo.
Acara itu akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 11 malam dan cabaran memecah rekod Malaysia itu akan berakhir apabila jumlah yang mencukupi mencapai angka 1,000 orang.
Selain acara bercukur, pelbagai program lain diatur termasuk hiburan dan permainan yang menawarkan hadiah sehingga RM2,500 termasuk baucer dan kad prabayar.
Acara memecah rekod Malaysia ini terbuka kepada semua lelaki berusia 18 tahun ke atas.
|