» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Teh kucing galak bantu pulih tenaga





KUCING galak, sejenis tumbuhan herba yang cukup mudah tumbuh di kawasan lapang mempunyai khasiat perubatan tersendiri.

Bagaimanapun, penggunaan herba tempatan dalam perubatan moden seakan disisih menyebabkan ramai tidak mengenalinya.

Namun, tidak bagi Ramli Abd Rahman, 41, pemilik Pusat Rawatan Herba Tradisional al-Insan (PRHTAI) yang juga pengasas produk perubatan berasaskan tumbuhan herba kucing galak.

Berbekalkan semangat serta keyakinan pada kebolehan diri sendiri, dia mengeksploitasikan khasiat tumbuhan itu untuk dijadikan ramuan perubatan bagi mengubati pesakit.



Namun, kewujudan pusat rawatan terbabit yang beroperasi setiap hari di Taman Seraya, dekat Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah tidak semudah disangka.

Ramli menghabiskan masa kira-kira 20 tahun membuat kajian keberkesanan herba sebelum dijadikan penawar penyakit.

Selepas benar-benar berpuas hati dengan kajian dibuat, pada Oktober lalu, pusat rawatan itu memulakan operasinya.

Ramuan paling ampuh digunakan bagi merawat pesakitnya ialah teh herba kucing galak selain ramuan herba sedut (seakan krim).

Teh kucing galak diberi minum tiga kali sehari manakala herba sedut disapu tebal pada bahagian yang sakit di badan pesakit.

Herba sedut yang diadun dengan ramuan tumbuhan berubat tertentu berfungsi membantu menyingkir kotoran, kuman dan bisa penyakit dari dalam badan.

Khasiat teh kucing galak pula membantu melancarkan perjalanan darah selain mengeluarkan kotoran menerusi air kencing.

Kandungan dalam minuman kesihatan kucing galak membantu memulihkan tenaga selain mengandungi kalsium dan zat sesuai dijadikan amalan minuman seharian seisi keluarga.

Kewujudan pusat rawatan itu menjadi rujukan mereka yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan pada taraf kronik yang tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan kos rawatan tinggi.

Menurut Ramli, pusat rawatannya sedia menerima sesiapa saja penghidap penyakit berisiko seperti barah payu dara, barah pangkal rahim, kencing manis, darah tinggi, batu karang, lumpuh, asma, gout, lemah tenaga batin dan buah pinggang.

Ia boleh menampung kira-kira 30 pesakit bagi satu-satu masa manakala bayaran perubatan pula berpatutan.

Penghidap barah pangkal rahim, Zainab Abd Hamid, 52, mengakui yakin dengan penggunaan ramuan herba dalam bidang perubatan apatah lagi dengan perubahan positif pada dirinya.

Penghidap kencing manis, Abd Hamid Awang, 61, dari Taman Keladi, Sungai Petani berkata, cara rawatan di pusat itu agak teliti termasuk perlu akur arahan pengambilan pemakanan bertujuan menghindar penyakit daripada berulang.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker