» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Sel kulit mati perlu dibuang

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my


"KECANTIKAN dan kulit memang berkait rapat. Sebaiknya, untuk menjaga kecantikan, seseorang itu perlu mengetahui serba sedikit mengenai keperluan biologi sel serta lapisannya.

"Masalah seperti jerawat, bintik hitam, liang roma besar dan wajah tidak bermaya biasanya berpunca daripada sel kulit mati yang tidak dikeluarkan," kata pengasas jenama penjagaan kecantikan, Spa Professional, Dr Tor Lam Huat.

Dr Tor, 70, yang memperkenalkan teori sel kulit mati berkata, membuang sel kulit berkenaan amat penting kerana jika dibiarkan ia akan menyebabkan liang roma tersumbat serta menghalang produk kecantikan daripada meresap jauh ke dalam.

Dia berkata, kulit terdiri daripada beribu sel dan setiap satu daripadanya mengandungi membran, protein serta teras utama yang mempunyai pelbagai fungsi.



Katanya, lapisan atas kulit (epidermis) biasanya sangat aktif menghasilkan sel kulit baru, namun proses itu semakin berkurangan seiring peningkatan usia seseorang.

Selain itu, Dr Tor berkata, kecantikan kulit amat penting untuk semua terutama wanita dan ramai sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi mendapatkan apa diinginkan.

Katanya, untuk itu, kitaran darah dan oksigen dalam badan perlu dipastikan sentiasa dalam keadaan lancar kerana ia amat penting untuk kesihatan serta kecantikan tubuh badan.

"Jika mahu memiliki kulit yang cerah sekata, bersih dan sihat, kapilari darah dan sistem kitaran mikro perlu berada dalam keadaan terbaik," katanya ketika ditemui bersama anaknya, Jackie TG Tor yang juga Pengarah Urusan Ginvera Marketing Enterprise Sdn Bhd di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, produk penjagaan kulit terbaru yang diperkenalkannya, Spa Professional boleh membantu membuang sel kulit mati dan mencantikkan lagi kulit wajah manakala ramuan istimewa yang terkandung di dalamnya membantu melancarkan perjalanan darah dan oksigen.

Menurut Dr Tor, produk siri penjagaan kulit Spa Professional dihasilkan daripada herba semula jadi dan elemen mineral yang baik untuk kesihatan serta kulit.

Selain itu, katanya, apa yang membezakan produk berkenaan dengan jenama lain ialah ia mengandungi minyak pati ros yang membantu mengatasi masalah tekanan emosi, gementar, kesedihan, membaiki fungsi sistem badan wanita serta baik untuk kulit.

Kata Dr Tor, menerusi siri penjagaan berkenaan, antara produk diperkenalkan Luminous Skin Renewal Gel serta koleksi Snow White termasuk Make Up Removal, Facial Foam, Rose Lotion, Skin Refining Essence dan Skin Refining Day Cream.

"Sama seperti spa lain, Spa Professional dicipta untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Pati minyak ros dipilih kerana ia ratu segala pati minyak dan sangat berharga kerana setitik minyak pati memerlukan 30 kuntum bunga ros.

"Ekstrak pati ros yang tinggi bertindak jauh ke dalam kulit untuk membantu pengeluaran sel baru serta mengekalkan keanjalan dan kecantikan kulit.

"Penggunaan produk ini secara berterusan dapat membantu menghasilkan kulit yang lebih cerah, anjal serta kelihatan kembali bermaya," katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker