Biskut Pistachio Bercoklat
Bahan:
A
200 gram tepung naik sendiri
30 gram tepung jagung
20 gram tepung kastard
60 gram gula kastor
1/4 sudu kecil garam
40 gram oat (dikisar)
1/2 sudu kecil biji kas kas
B
1/2 sudu kecil pewarna hijau
150 gram minyak jagung Daisy
Hiasan
Coklat putih (dipotong kiub dan dicairkan)
Kacang pistachio (ditumbuk kasar)
Jika tidak mahu menggunakan kacang pistachio, ia boleh diganti dengan pelbagai jenis kacang lain mengikut selera masing-masing.
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan putar dengan kelajuan perlahan dengan mesin pemutar hingga sebati.
2. Masukkan pewarna hijau, tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil memutar sehingga sebati.
3. Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti sejuk supaya adunan mengeras.
4. Kemudian, ambil adunan secukupnya dan bulatkan dengan tangan, lalu leperkan dengan tapak tangan untuk menjadi bentuk bulat leper.
5. Panaskan ketuhar terlebih dulu selama 10 minit. Kemudian, bakar biskut selama 15 hingga 18 minit pada suhu 175 darjah celsius.
6. Setelah dibakar, celup separuh biskut ke dalam coklat putih cair dan salut dengan kacang pistachio yang dikisar.
7. Siap untuk dihidang.
Cara mencairkan coklat:
1. Potong coklat menjadi kiub dan letak di atas mangkuk yang lebar.
2. Lakukan kaedah pencairan menggunakan dua lapis bekas. Didihkan air di kuali dan letakkan mangkuk yang ada coklat ke dalam kuali yang mengandungi air itu. Biarkan coklat cair sambil mengacaunya. Pastikan air tidak masuk ke dalam mangkuk.
3. Setelah itu, angkat mangkuk sambil terus mengacau supaya coklat tidak membeku.
|