» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Lisa promosi salap bibir





BERPENAMPILAN menarik, cantik, bijak selain memiliki pesona diri menawan membuatkan pelakon, Lisa Surihani Mohamed, 22, terpilih menjadi model iklan Lipice.

Turut mencuba produk salap bibir ini sebelumnya, Lisa menjalani penggambaran filem iklan Lipice ketika bulan puasa.

"Walaupun ia dilakukan ketika berpuasa tetapi Lipice membantu saya kelihatan segar semula jadi meskipun diri kekeringan air.

"Bagi segelintir orang, bulan puasa mungkin menjadikan bibir pecah dan pedih tetapi dengan Lipice, hal itu tidak berlaku kepada saya. Bahkan, ia mendorong keyakinan diri untuk melakukan yang terbaik ketika penggambaran filem," katanya dalam pertemuan diatur syarikat pengilang dan pemasar ubat-ubatan, Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd di Restoran Delicious, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Menurutnya, berdasarkan lima perasa Lipice Fruity iaitu oren Mandarin, epal, anggur blackcurrant, lemon dan strawberi, dia amat menyenangi strawberi.

Lisa pernah dinobatkan anugerah Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia ke-21 menerusi filem I'm Not Single selain menjadi pengacara televisyen, melahirkan rasa bangga menjadi duta produk berkenaan.

Mengakui pemilihan itu bertitik-tolak pada rezeki yang menyebelahinya, ternyata graduan undang-undang daripada Universiti Aberystwyth, Wales yang kini mengikuti kursus Sijil Amalan Guaman ini sentiasa sibuk dengan penggambaran filem tetapi masih ada komitmen untuk promosi produk yang diadakan.

"Sebagai orang yang bertanggungjawab dalam promosi Lipice dan diberi penghormatan untuk jenama ini, saya komited dengan tanggungjawab yang diberikan," katanya.

Sementara itu, pengurus pemasaran Lipice, Jesse Ong mengakui pemilihan gadis jelita itu kerana personalitinya dengan ciri keterampilan diri yang membanggakan.

"Lisa mewakili wanita muda yang moden, berbakat dan berwawasan. Dia bukan saja memiliki pesona tersendiri, peramah tetapi kejayaannya mengimbangi aktiviti pengacaraan dan perfileman.

"Kejayaannya sebagai penuntut dalam bidang guaman adalah satu teladan menarik buat wanita muda yang lain sekali gus terpilih mewakili wanita muda bagi menguar-uarkan keberkesanan produk ini yang sesuai untuk semua peringkat usia," katanya.

Personaliti milik wanita ini yang penuh bertenaga, ceria dan bersopan-santun, antara ciri individu untuk mewakili jenama terbabit di samping kejelitaan asli pelakon berkenaan sebagai satu tarikan.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker