» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Keyakinan, kejujuran seiring

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

MEMILIKI ijazah dalam bidang hospitaliti atau pengurusan hotel memang selayaknya seseorang itu menjawat tugas di hotel terkemuka.

Profil

Nama: NurElaine Aisyah Abdullah (Elaine Aisyah)

Jawatan: Pengurus Perhubungan Awam, Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel, Swiss Hospitality Management School, Switzerland



Status: Kahwin

Suami: Azuree Haiddar Jeffrizal

Anak: Muhammad Luqman Hakim, 3, Nurul Qhalisyah, 2.



MEMILIKI ijazah dalam bidang hospitaliti atau pengurusan hotel memang selayaknya seseorang itu menjawat tugas di hotel terkemuka.

Namun, kepuasan seseorang dalam kerjaya berbeza mengikut kecenderungan selain mengejar impian tertentu.

Bagi ibu kepada dua anak ini, NurElaine Aisyah Abdullah, 32, keserasian dalam kerjaya perhotelan mendedahkannya dengan pelbagai pengalaman.

Katanya, bertemu orang ramai dengan pelbagai kerenah, ada yang mesra dan tidak kurang pula sebaliknya, menjelaskan kepadanya kepentingan memiliki komunikasi yang baik dengan orang ramai.

"Sesuatu yang sering saya terapkan kepada diri apabila berurusan dengan orang ramai adalah kemahiran yang tinggi dalam komunikasi.

"Bijak tidak bermakna hanya kita yang menguasai suasana, perbualan atau lebih daripada itu terlalu mesra tanpa batas.

"Yang penting apabila berurusan dengan pelanggan adalah keyakinan yang diletakkan di samping kejujuran yang dipertaruhkan.

"Apatah lagi, mewakili sebuah syarikat sudah tentu pelanggan bukan sekadar melihat produknya tetapi melihat sejauh mana mengurus sesuatu yang dipertanggungjawab dengan telus serta meyakinkan," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Elaine Aisyah.

Berkongsi pengalaman dengan wanita yang berasal dari Johor ini, beliau memulakan kerjaya di pelbagai hotel bertaraf antarabangsa dalam negara bahkan pernah meraih tiga tahun pengalaman di negara jiran, Singapura.

Minatnya bertemu orang ramai terus dirintis setelah menukar bidang kerjaya daripada dunia perhotelan ke bidang kecantikan.

Menyertai Avon Cosmetics sejak April lalu, kini Elaine Aisyah mengakui aspek kecantikan adalah bidang mencabar selain menyuntik semangatnya untuk meneroka sesuatu yang baru dalam hidupnya.

"Saya beranggapan pengalaman adalah guru paling berharga. Pada saya, pengalaman kerja di hotel berprestij dulu terus menjadi pemangkin kepada semangat untuk mempelbagaikan ilmu berkaitan perhubungan awam.

"Bahkan, cabaran dalam dunia kecantikan amat berbeza kerana ia banyak berhubung bukan saja dengan pelanggan tetapi stokis dan butik yang ada di samping berdepan dengan jenama lain yang tidak boleh dipandang remeh.

"Tugas lebih besar adalah memastikan segalanya berjalan lancar di samping memastikan jenama yang sudah lama berada di pasaran ini terus melonjak," katanya.

Menggalas tugas besar ini, Elaine Aisyah mengakui dia banyak membaca buku mengenai aspek kecantikan dan berkaitan motivasi atau perniagaan.

"Tidak dinafikan, ia memerlukan kerja kuat. Selain menjadi pemangkin kepada syarikat, ia bukan hanya bergantung kepada kekuatan produk semata-mata.

"Lebih penting daripada itu adalah sejauh mana kita meletakkan syarikat, jenama atau produk dan pelanggan di kedudukan yang sewajarnya untuk terus menjadi tonggak kepada produk yang ada," katanya.

Menurutnya, suasana ekonomi merudum dan lembap sebenarnya dapat diatasi jika ramai yang memanfaatkan peluang dalam bidang kecantikan.

Kata Elaine Aisyah, sinonimnya wanita dengan aspek kecantikan membolehkan produk ini dilonjakkan dengan hebat jika pengedar atau stokis bijak mencaturnya.

Komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap kerjaya tidak melupakan wanita ini walau sejenak bersama keluarga.

Sepasang anak yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia tiga dan dua tahun, adalah permata berharga buatnya dan suami.

Elaine Aisyah mengakui suaminya, Azuree Haiddar Jeffrizal, 32, pengurus sebuah syarikat berkaitan reka bentuk grafik banyak mengambil tugasnya apabila beliau sibuk dengan urusan tertentu.

"Saya juga bertuah kerana suami banyak membimbing dalam mendalami hal berkaitan keagamaan. Sebagai saudara baru, saya mahu menjadi Muslim yang cuba seboleh mungkin memanfaatkan ruang terbaik untuk menjalani hidup yang diredai-Nya.

"Saya mengakui menemui ketenangan sebenar-benarnya sebaik menganuti agama ini lapan tahun lalu. Tanpa mahu melukakan hati orang tua saya sendiri ketika memilih Islam sebagai cara hidup, pasti pada awalnya dugaan yang ditempuh memang hebat.

"Di situlah ia menguji diri ini apabila saya perlu membuat keputusan bijak, tidak menyinggung keluarga terutama ibu bapa dan nenek yang menjadi orang kesayangan saya.

"Pengorbanan mereka di samping kebijaksanaan mengolah fahaman supaya ia tidak membuat hati orang lain terluka adalah sesuatu yang bukan mudah.

"Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berserak. Alhamdulillah, Allah banyak mempermudahkan laluan sehingga saya merasakan inilah rahmat dan kebahagiaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata," katanya.

Sebenarnya ketika sesi penggambaran dilakukan baru-baru ini, ia langkah pertama Elaine Aisyah mengenakan busana Muslimah, sekali gus melengkapkan hidupnya menjadi seorang yang diredai dunia dan akhirat.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker