» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

8 petugas Pos Malaysia tawan Gunung Kinabalu





SERAMAI lapan kakitangan Pos Malaysia Selangor teruja dengan kesukaran mendaki Gunung Kinabalu, Sabah apabila terpaksa menempuh pelbagai halangan untuk tiba di puncak setinggi 4095.2 meter itu, baru-baru ini.

Ekspedisi Kinabalu itu adalah salah satu aktiviti Kelab Sukan Pos Negeri Selangor yang mendapat sokongan daripada Pengurusan Pos Selangor dan Kelab Sukan Pos Malaysia Kebangsaan.

Pengurus Negeri Pos Malaysia Selangor, Wan Sharpudin Wan Ramli, bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan semua peserta pendakian Gunung Kinabalu terbabit.

"Semangat berpasukan, kerjasama dan setiakawan yang tinggi adalah asas kejayaan ekspedisi yang julung kali dianjurkan Pos Malaysia," katanya yang turut mengiringi anak buahnya sehingga ke fasa satu.



Ekspedisi Kinabalu terbabit terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa satu dan dua. Pendakian fasa satu bermula dari kaki gunung, Tipohon Gate yang mengambil masa hampir enam jam untuk sampai ke Laban Rata.

Menurut Fasilitator Ekspedisi, Abd Razak Abu Bakar, seawal fasa satu lagi peserta sudah diuji dengan cuaca tidak menentu manakala hujan sepanjang perjalanan sekali gus menyukarkan pergerakan.

Bagaimanapun, latihan fizikal mendaki Bukit Sapu Tangan, menelusuri Hutan Simpanan Ampangan Sungai Air Kuning dan Ampangan Sungai Baru, Bukit Cahaya Seri Alam, sebagai persediaan pendakian Gunung tertinggi di Asia Tenggara itu banyak membantu dari segi fizikal dan mental peserta.

Pendakian fasa dua dari Laban Rata ke puncak Gunung Kinabalu mengambil masa kurang daripada empat jam, tidak menghadapi halangan sukar kecuali cuaca sejuk dan angin kuat. Misi mengibar bendera Pos Malaysia berjaya dilaksanakan seawal jam 6.15 pagi apabila semua lapan peserta tiba di puncak Kinabalu.

"Kami bersyukur dapat menikmati kebesaran Maha Pencipta, sukar menggambarkan perasaan ketika itu," kata Ketua Kumpulan, Mohd Azli Samsudin.

Bagaimanapun, mereka dinasihatkan supaya tidak terlalu lama berada di puncak tertinggi (utara) memandangkan hujan dan angin kencang boleh membahayakan keselamatan mahupun kesihatan.

Bagi Mohamad Desa A Majid, pengalaman pertamanya mendaki gunung benar-benar menguji kesabaran, ketahanan mental dan fizikalnya kerana terpaksa meredah jalan dalam keadaan menurun yang curam serta memerlukan kekuatan kaki.

Namun, ia tidak memadamkan semangatnya untuk mendaki lagi apabila berpeluang di masa depan.

Turut serta dalam pendakian berkenaan adalah Fazly Ramadzan, Mohd Rizuan Md Rusli, Sulaiman Zulkifli, Zulhazre Nordin dan Ariff Fadzilah Ahmad manakala Nasjarudin Abd Kadir merakamkan aktiviti sepanjang perjalanan ke puncak.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker