» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Gimik pintar tarik pembaca





Tajuk: Alahai Pengantin Baru...

Penulis: Jalilah Abdullah

Terbitan: Galeri Ilmu (Mac 2008)

Harga: 19.90



Pengulas: Al-Abror Mohd Yusuf (abror@hmetro.com.my)



LINTASAN pertama muncul dalam minda pada kali permata melihat buku ini adalah Jack Canfield (dan rakan-rakannya) yang menghasilkan buku popular, Chicken Soup for the Soul yang banyak memberi inspirasi kepada pembaca di seluruh dunia.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, andaian itu ada benarnya. Dengan menghimpunkan 111 anekdot pelbagai latar dan warna, buku Alahai Penganti Baru... ini memang menghidangkan banyak inspirasi kepada pembaca.

Lebih menarik lagi, pengkisahan Jalilah bersandarkan perspektif Islam menjadikan buku ini tidak sekadar Chicken Soup versi salinan bahasa Malaysia.

Untuk memudahkan pembacaan, semua anekdot dibahagikan kepada beberapa sektor seperti kasih sayang, keibubapaan, kefahaman agama, kehidupan dan tidak ketinggalan, sekitar pengalaman selebriti (bagaimanapun, hanya kisah dua selebriti diceritakan).

Sesuai dengan sifatnya sebagai anekdot untuk bacaan ringan, Alahai Penganti Baru... hanya memuatkan kumpulan cerita ringkas tetapi membawa banyak pengajaran.

Ia boleh saja menjadi bahan bacaan pelbagai peringkat usia, sama ada remaja, dewasa atau veteran.

Walaupun judulnya seolah-olah menggambarkan kisah di dalam buku ini berlegar di sekitar alam rumah tangga pasangan baru bernikah, dapat difahami pemilihan tajuknya lebih bersifat gimik yang pintar untuk menarik perhatian pembaca.

Secara keseluruhan, pemilihan cerita untuk dimuatkan dalam buku ini memang boleh dipuji.

Bermula dengan kisah menyentuh perasaan dalam cerita Adik Tak Tahu Buat Karangan, pelbagai watak muncul secara spontan dalam penceritaan Jalilah.

Bagaimanapun, kadang-kadang keterbatasan (atau mungkin kekangan) untuk menghasilkan siri anekdot ringan atau ringkas menjadikan sesebuah kisah disampaikan seperti terburu-buru. Atau terlalu ringkas dan hilang sentuhan seni tulisnya.

Kisah Suara Langau dan Kasut Tak Hilang mungkin dapat menjelaskan apa dimaksudkan tadi.

Penceritaan juga tentulah lebih baik dan terperinci jika kisah berkenaan dinukilkan daripada pengalaman Jalilah sendiri.

Pun begitu, sesetengah petikan diambil daripada kisah pihak ketiga (pakar motivasi dan rakan seperti dalam cerita Beri Adik RM20 dan Maknya Ke Tu?) tetapi tetap mampu meninggalkan kesan emosi mendalam.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker