» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Kelas dewasa Orang Asli

Oleh Salina Sahkirin



MEREKA tidak pernah ponteng kelas, malah kerana kesungguhan masing-masing, mereka boleh membaca, menulis dan mengira dalam tempoh hanya beberapa bulan.

Begitulah keazaman ditunjukkan sekumpulan masyarakat Orang Asli yang mengikuti kelas dewasa di perkampungan Orang Asli Peta, Sungai Endau, Johor.

Menurut guru penyelaras kelas berkenaan, Hairul Azuan Ahdan, rata-rata seramai 25 Orang Asli terdiri daripada wanita dan dua lelaki yang menyertai kelas dewasa di Sekolah Kebangsaan Peta itu menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) selepas tamat pembelajaran yang bermula dari Julai dan berakhir November lalu.

"Mereka juga dapat membuat panggilan telefon serta mengenali nombor telefon, alamat rumah, saiz pakaian dan sebagainya.



"Dari segi kesihatan, mereka dapat mengetahui dos ubat yang diambil, kuantiti air perlu diminum sehari dan kekerapan mandi dalam sehari," kata seorang lagi tenaga pengajar, Sahlina Mohd Sah ketika ditemui di sekolah berkenaan.

Sahlina yang ditugaskan mengajar Matematik berkata, kebanyakan Orang Asli yang mengikuti kelas berkenaan dapat mengira dan mendapat asas matematik dengan baik.

Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan kelas dewasa untuk ibu bapa murid Orang Asli dan Penan di seluruh negara sebagai usaha mengurangkan kadar buta huruf atau tidak menguasai 3M di kalangan mereka yang tinggal di pedalaman negara ini.

Di Johor, 10 sekolah terpilih mengadakan kelas berkenaan termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Layau Kota Tinggi, SK Sayong Pinang Kulai, SK Segamat Kecil Segamat, SK Seri Sedohok Kluang, SK Punan Kluang, SK Peta Mersing dan SK Tanah Abang Mersing.

Kelas dewasa itu dikhaskan kepada masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan masyarakat Penan di Sarawak dan masyarakat pribumi di Sabah.

Kurikulumnya digubal Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran yang turut menyediakan modul pengajaran kepada guru kelas berkenaan.

Masa pengajaran dan pembelajaran dua jam sehari sebanyak tiga kali seminggu dan 100 hari setahun.

Mereka yang terpilih menyertai kelas itu dibayar elaun kehilangan pendapatan RM15 sehari di samping elaun lain termasuk elaun makan, pakaian dan kesihatan.

Beberapa pelajar kelas dewasa ditemui berkata, mereka gembira dapat menyertai kelas berkenaan selain memperoleh pengetahuan, bertemu rakan dan saudara-mara sekampung.

Asmi Bigo, 36, berkata selepas tamat belajar, dia berupaya menguasai 3M dengan baik dan ia memudahkannya berurusan ketika mengunjungi bandar di samping dapat membantu anak-anaknya belajar di rumah.

"Kalau dulu saya dapat membaca sedikit saja, tetapi setelah mengikuti kelas ini, saya dapat membaca dengan lancar dan mengira dengan baik," katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan.

Dia turut menyarankan supaya pihak berkaitan mengadakan kelas komputer bagi mereka yang tamat menyertai kelas dewasa itu.

"Kami di pedalaman juga perlu mempelajari komputer kerana ia boleh membantu kami dan masa depan anak cucu kami", katanya.

Dewi Johari, 36, pula mengakui mendapat banyak pengetahuan melalui kelas berkenaan kerana maklumat yang disampaikan guru sangat berkesan.

Menurutnya, selama ini dia langsung tidak tahu membaca, menulis dan mengira, tetapi dapat menguasainya dengan baik menerusi kelas dewasa terbabit.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker