» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times » The Malay Mail
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Mini Clubman versi baru

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my


MINI kini bukan lagi dikenali sebagai sebuah kenderaan kecil tetapi jentera berkuasa dengan reka bentuk klasik tetapi eksklusif.

MINI kini bukan lagi dikenali sebagai sebuah kenderaan kecil tetapi jentera berkuasa dengan reka bentuk klasik tetapi eksklusif.

Pelancaran Mini versi Clubman, baru-baru ini, yang me ngambil tema Mini Traveller yang popular pada era 60-an melengkapkan lagi koleksi kenderaan berkenaan di pasaran tempatan.


Model terbaru itu kali pertama diperkenalkan kepada umum di Madrid, Sepanyol, September tahun lalu adalah tarikan terbaru untuk jualan kereta Mini yang semakin meningkat di negara ini.

Pengurus Mini BMW Malaysia, Farid Sulaiman, berkata Mini Clubman itu masih mengekalkan kelebihan dan ciri sport Mini yang moden tetapi dibezakan menerusi kombinasi reka bentuk yang unik dan praktikal.

“Mini Clubman dijana enjin 1.6 liter dan 24 sentimeter lebih panjang daripada model Mini biasa serta boleh didapati dalam dua versi iaitu Cooper dan Cooper S yang dilengkapi pengecas turbo dwi bilah.

“Ciri-ciri menarik Mini Clubman itu ialah konsep lima pintunya yang istimewa dengan pintu konvensional bagi pemandu dan penumpang masih dikekalkan tetapi ditambah dengan pintu belakang sebelah kanan dan dua pintu belakang berasingan yang boleh dibuka secara melebar,” katanya.

Jika dilihat daripada sudut fizikal, bahagian hadapan hingga ke palang tingkap pertama, Mini Clubman ini sama seperti Mini hatchback.

Bagaimanapun, bahagian belakang diberikan penambahan sebanyak 24 sentimeter, menjadikan tempat kaki belakang ditambah sebanyak lapan sentimeter.

Jika kerusi diturunkan, kawasan ruang meletak barangan meningkat ke 930 liter daripada 260 liter.

Paling menarik, pintu bahagian belakang boleh dibuka melalui dua arah manakala tambahan pintu kecil pada bahagian sisi pemandu pula untuk memudahkan penumpang keluar masuk.

Mini Clubman masih mengekalkan enjin Cooper asal yang mampu menghasilkan 120hp dan 160Nm tork sementara versi Cooper S menyaksikan penambahan kuasa sehingga ke 175hp dan 240Nm dengan sistem turbo dwi bilahnya.

Model terbaru ini ditawarkan dengan 10 warna pilihan iaitu Astro Black, Sparkling Silver, British Racing Green, Pure Silver, Lightening Blue, Dark Silver, Laser Blue, Hot Cho colate, Chilli Red dan Pepper White.

Mini Cooper Clubman dan Mini Cooper S Clubman masing-masing ditawarkan pada harga atas jalan RM225,000 dan RM259,000 tidak termasuk insurans.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :

PelanMedia

VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker