Stabil ‘layan’ selekoh
Teks dan gambar Harris Adam
mharris@hmetro.com.my
TIDAK dinafikan keupayaan motosikal BMW R1200 Adventure GS bersesuaian dengan moto Tanpa Halangan yang dikhaskan untuk model ini berdasarkan reaksi pe nunggang profesional selepas menunggang ujinya.
Sebaik saja diberikan kunci untuk mengambil BMW R 1200 Adventure GS, perasaan takut mula menyelubungi selepas melihat fizikalnya yang besar dan nampak berat.
Apatah lagi, beg aluminium dipasang pada motosikal ber kenaan menjadikannya kelihatan lebih besar.
Bagaimanapun, perasaan itu meleset apabila mendapati pengendaliannya cukup mudah, ringan dan stabil.
Ini terbukti apabila saya membawa pulang motosikal itu melalui kawasan yang sesak di sekitar Pandan Jaya tetapi kestabilan jentera ini membolehkan saya melepasi kesesakan dengan mudah tanpa melanggar cermin sisi kereta.
Pengendalian di kawasan lasak turut membuktikan jentera berkuasa ini tidak menghadapi sebarang masalah daripada segenap aspek.
Apa yang mengagumkan, sistem suspensinya yang meng gunakan Enduro ASC (Automatic Stability Control) untuk menambahkan lagi keselesaan.
Sepanjang 'ujian', saya tidak berasa terhentak apabila me masuki lubang, kawasan berbatu, mahupun di kawasan berlumpur.
Selain suspensinya yang mengagumkan, rim jejari unik juga memainkan peranan yang penting ketika beraksi pada jalan tidak berturap.
Selepas puas menguji motosikal berkenaan di kawasan lasak, saya membawa BMW R 1200 ke Bentong menggunakan jalan lama yang terbukti sesuai untuk menguji kestabilannya ketika melayan selekoh.
Motosikal ini tidak menghadapi sebarang masalah apabila mengambil selekoh tajam walaupun ia kelihatan besar.
Sistem brek BMW menggunakan ABS nyata cukup berkesan setiap kali cengkaman brek diperlukan di selekoh yang tajam.
Kehadiran BMW R 1200 ini menjadi perhatian ramai sebaik tiba di pekan Bentong sehinggakan ramai yang berkerumun untuk melihat motosikal itu dan mengambil gambar.
Selesai beraksi di Bentong, saya mengambil laluan Le buhraya Karak untuk pulang ke ibu kota.
Keupayaan enjin motosikal ini tidak boleh dipertikaikan lagi dan saya mampu mencecah kelajuan sehingga 200 kilometer sejam.
Cermin penghadang angin membolehkan saya memecut serta mengendalikan motosikal dengan selesa dan stabil.
BMW R 1200 Adventure GS didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Magma Red dan Magnesium Matt Metallic.
Dijual pada harga RM117,800 tanpa insurans, motosikal ini memang berbaloi dimiliki bagi mereka yang 'berpoket penuh' dan menggemari aktiviti lasak.
Malah, sesiapa yang berminat untuk merantau jauh, BMW R 1200 Adventure GS juga menjadi pilihan yang tepat.
Spesifikasi
Model: BMW R 1200GS Adventure
Enjin: Empat lejang 16 silinder dengan 'Two Cylinder Horizontally Opposed Boxer Air' 1170cc
Kuasa maksimum: 105hp@7500rpm
Tork maksimum: 115Nm @ 5750 rpm
Transmisi: Enam kelajuan.
Berat kering: 223 kilogram
Harga: RM117,800 (tanpa insuran)
|
|