UMW didik pelajar
Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my
MENYEDARI kepentingan keselamatan jalan raya, UMW Toyota Motor Sdn Bhd melancarkan Kelab Traffic Heroes bagi mendidik kanak-kanak mengutamakan keselamatan di jalan raya, baru-baru ini.
Program berteraskan tanggungjawab sosial korporat itu lebih menumpukan kepada pelajar sekolah rendah bagi membentuk mereka menjadi lebih berdisiplin di jalan raya selain menjadi harapan kepada gaya pemanduan selamat pada masa hadapan.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Takashi Hibi dan Pengarah Urusan UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Kuah Kock Heng.
Menurut Ong, pihaknya berharap menjelang 2010, semua sekolah dapat mengambil bahagian dalam program ber kenaan.
Sehingga pelancaran itu, sejumlah 2,000 sekolah sudah menyatakan persetujuannya untuk mengambil bahagian da lam program terbabit.
Terdahulu, Kelab Traffic Heroes beroperasi dengan meng gunakan laman webnya dan peserta dikehendaki melayari web itu untuk mengetahui perkembangan terkini.
Menurut Toyota, cara berkenaan membolehkan pelajar mempelajari mengenai keselamatan jalan raya dengan lebih efektif dan menyeronokkan.
Selain itu, kelab berkenaan turut memuatkan beberapa pertandingan dan permainan menarik berkaitan keselamatan dan undang-undang jalan raya bagi menguji kefahaman peserta.
“Statistik kemalangan menunjukkan perubahan positif sejak 10 tahun lalu dan kerajaan sentiasa komited dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya setiap tahun.
“Kerajaan berharap program seumpama ini dapat menjadi contoh kepada syarikat korporat lain mengadakan aktiviti berguna untuk kepentingan bersama,” katanya.
Katanya, beliau berharap program berkenaan akan terus sentiasa bergerak dan aktif sepanjang masa.
|
|