BMW M3 bergaya, terpantas
Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my
 |
BMW Malaysia, pengedar kenderaan mewah BMW, me lancarkan versi terbarunya, M3 sedan yang bergaya, sporty serta memiliki enjin sehebat 420 kuasa kuda yang diakui terpantas dalam kelasnya, baru-baru ini. |
BMW Malaysia, pengedar kenderaan mewah BMW, me lancarkan versi terbarunya, M3 sedan yang bergaya, sporty serta memiliki enjin sehebat 420 kuasa kuda yang diakui terpantas dalam kelasnya, baru-baru ini.
Jentera empat pintu itu didatangkan dengan sistem tujuh kelajuan Double-Clutch Transmission (M DCT) dan sa tu-satunya versi BMW M3 yang memilikinya.
Generasi M3 keempat ini berkongsi enjin 4.0L V8 dengan M3 Coupe tetapi berupaya menghasilkan kuasa maksimum sehingga 420 hp pada 8,300rpm.
Ini membolehkan BMW M3 sedan ini memecut sehingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 4.8 saat manakala kelajuan maksimum yang dicatatkan adalah 250km/j.
Peningkatan kuasa jentera terbaru Jerman ini disebabkan enjin terbarunya 15 kilogram lebih ringan daripada asal selain dibantu sistem ‘VANOS Camshaft Management’ berkembar berkuasa.
Sistem berkenaan membantu meningkatkan tork, peng gunaan minyak optimum, pembakaran sempurna dan enjin beroperasi dengan lebih responsif serta menjimatkan.
Kenderaan berkuasa tinggi itu turut dilengkapi sistem ‘Brake Energy Regeneration’ bagi memastikan tahap keselamatan yang kukuh serta mengimbangi kuasa enjin yang diham burkan.
Menurut BMW, pengeluaran M3 sedan itu bakal mendapat sambutan berikutan casisnya yang sama dengan model Siri 3 yang tidak terlalu besar selain amat praktikal untuk kegunaan harian.
Bagaimanapun, jentera terbaru ini tetap mendapat sentuhan daripada teknologi Formula Satu yang dibawa pasukan BMW Sauber F1.
Buktinya, setiap silinder BMW M3 sedan mempunyai injap berasingan yang lebih sensitif apabila pendikit minyak di tekan.
Selain itu, tombol kawalan gear secara manual (Drivelogic) yang terletak pada stereng membolehkan pemandu mengawal kelajuan kenderaan dengan lebih yakin.
Melalui program M DCT Drivelogic, pemandu boleh memilih mana-mana enam mod pemanduan yang ditetapkan sama ada biasa atau memerlukan lebih kuasa.
Pada bahagian dalamannya, BMW M3 sedan masih me ngekalkan ciri sporty seperti hiasan kulit berstruktur karbon dan aksesori kulit ‘Novillo’ yang eksklusif.
Dengan harga atas jalan serendah RM 713,800 seunit, orang ramai bolehlah berkunjung ke mana-mana pusat pameran terpilih untuk melihat lebih dekat jentera terbaru kebanggaan BMW.
|
|