» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Triton laju, jimat minyak

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my


MITSUBISHI Motors Malaysia Sdn Bhd melancarkan dua model terbaru kenderaan pikapnya, Triton 3.2L dan Lite berkuasa 2.5L yang lebih berkuasa, ekonomi dan berprestasi tinggi.

MITSUBISHI Motors Malaysia Sdn Bhd melancarkan dua model terbaru kenderaan pikapnya, Triton 3.2L dan Lite berkuasa 2.5L yang lebih berkuasa, ekonomi dan berprestasi tinggi.

Triton 3.2 dijana dengan enjin berkuasa turbo Diesel ‘Hyper-Commonrail’ pacuan 4X4 transmisi automatik yang berkuasa manakala Triton Lite dilengkapi dengan enjin Diesel 2.5 termasuk sistem pacuan 4x2 transmisi manual untuk penjimatan minyak yang maksimum.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keizo Ono, berkata pihaknya mensasarkan jualan 500 unit trak pikap terbarunya itu dan yakin pengenalan dua varian terbabit mampu memper kukuhkan lagi pasaran pikap di negara ini.

“Dua varian terbaru ini melengkapkan model pikap sedia ada iaitu Triton 2.5 liter 4x4 dengan transmisi automatik dan manual yang masih berada di pasaran ketika ini.

“Pengenalan Triton 3.2 dan Triton Lite bertujuan memenuhi permintaan pasaran untuk pikap dengan pemanduan bergaya dan prestasi tinggi, pada harga mampu dimiliki serta cekap dari segi penggunaan minyak,” katanya ketika pelancarannya, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Mitsubishi Motors Malaysia, Datuk Syed Hisham Syed Wazir dan Pengurus Besar Jabatan Asia dan Asean, Ibu Pejabat Kumpulan Operasi Luar Negara, Mi tsubishi Motors Corporation, Jepun, Ryujiro Kobashi.

Triton 3.2L dilengkapi enjin berkuasa DOHC 16 injap dengan 160hp pada 3,500 rpm dan tork 343Nm pada 2,000 rpm.

Selain itu, versi terbaru memiliki kerangka yang lebih kukuh, meter pelbagai fungsi selain sistem ABS, EBD, beg udara dan LSD yang membolehkan semua kuasa roda berfungsi ketika meredah laluan lumpur.

Sementara itu, Triton Lite pula lebih ekonomi dengan transmisi manual lima kelajuan serta fungsi lampu terpadam secara automatik.

Triton 3.2 4x4 automatik dan Triton Lite 2.5 4x2 manual masing-masing ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM97,041.50 dan RM58,129.80. Kedua-dua model terbaru itu boleh didapati di semua ruang pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara mulai hari ini.

Mitsubishi Motors menawarkan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer serta program penyelenggaraan jaminan selama tiga tahun atau 60,000 kilometer untuk Triton 3.2 dan bagi Triton Lite ialah jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer.

Triton 3.2 boleh didapati dalam warna putih solid, perak metalik dan hitam metalik manakala Triton Lite didatangkan dalam empat warna iaitu putih solid, perak metalik, merah metalik dan hitam metalik.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ekspresi

lagi
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker