Pandu Uji: R1200RT lebih elegan
Oleh Harris Adam
rencana@hmetro.com.my
“BMW...Banyak Makan Wang”, itulah kata rakan apabila saya menunggang motosikal model mewah ini.
Jentera BMW sama ada motosikal atau kereta adalah jenama yang melambangkan kemewahan. Jadi, tidak hairanlah ge laran itu diberikan kerana harganya boleh membeli sebuah rumah pangsapuri.
BMW R1200RT adalah motosikal kategori 'Sport Touring' yang sesuai digunakan terutama untuk perjalanan jarak jauh.
Saya yang memiliki model R1100RT mendapati motosikal terbaru BMW itu memiliki banyak perubahan pada sudut luaran dan pengendaliannya.
Paling menonjol, rekaan model terbaru itu kelihatan lebih elegan dan eksklusif.
Ketika mendapat peluang menunggang uji, saya memang tidak sabar selain mahu membuat perbandingan dengan motosikal R1100RT kepunyaan saya.
Memang tidak sukar mengendalikan motosikal ini, bahkan mereka yang tidak pernah menunggang motosikal ini boleh mengendalikannya dengan mudah.
Lokasi pertama ke Kuala Selangor mengikut laluan jalan biasa ke Batang Berjuntai.
Apa yang menarik, motosikal ini berbanding model lama (R1100RT) ialah ia mempunyai ESA (elektronik, suspensi, pemboleh ubah) tiga pilihan mod iaitu biasa, sport, selesa.
Sepanjang laluan berselekoh, saya lebih gemar meng gunakan mod sport bagi memudahkan pengendalian ketika 'meratah' selekoh.
Kemudian, saya mencuba mod selesa (comfort) pada jalan yang tidak rata dan motosikal memberi reaksi yang baik terhadap hentakan kuat ketika melalui lopak jalan yang tidak rata.
Perjalanan pulang dari Kuala Selangor, saya memilih lebuh raya sebagai laluan baru. Cermin hadapannya berfungsi dengan cemerlang bagi melawan rintangan angin.
Menariknya, cermin penghalang angin ini berfungsi secara automatik di mana penunggang dapat mengawal ketinggian cermin mengikut keperluan.
Selain itu, radio yang terdapat pada motosikal ini juga dapat menghilangkan kebosanan.
Bunyi radio berkenaan juga boleh dikawal secara automatik mengikut kelajuan yang dibawa. Malah, ia ini juga kalis air dan boleh memainkan cakera padat.
Kesimpulannya, bagi mereka yang berduit dan berminat melakukan perjalanan jauh dengan penuh keselesaan, R1200RT adalah pilihan yang tepat.
Ditawarkan pada harga RM124,700 tanpa insurans, R1200RT didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Ti tanium Silver, Sand Beige dan Biarritz Blue.
>SPESIFIKASI
Model: BMW R1200RT
Enjin: Empat lejang 16 injap dengan sistem penyejuk Boxer.
Kuasa Maksimum: 110 hp pada 7500 rpm
Tork Maksimum: 115 Nm pada 6000 rpm
Kelajuan Maksimum: 210 km/j
|
|