» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Pusat sehenti Harley-Davidson

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



PENGGEMAR motosikal Harley-Davidson kini boleh me narik nafas lega apabila NAZA Prestige Bikes Sdn Bhd bakal membawa masuk semua barisan model motosikal terkenal Amerika Syarikat itu termasuk aksesori, alat ganti dan kemudahan penyelenggaraan pada Ogos ini.

Anak syarikat Kumpulan Naza itu melabur RM10 juta bagi membina pusat sehenti yang menyediakan pelbagai ke mudahan kepada peminat jentera dua roda yang cukup dikenali di seluruh dunia itu.


Pusat yang dinamakan ‘Harley-Davidson of Kuala Lumpur’ itu akan dibuka di Petaling Jaya Auto Mall berhadapan Lebuh raya Persekutuan.

Pengerusi Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, berkata pihaknya akan membawa semua model Harley-Davi dson sama seperti yang terdapat di seluruh dunia.

Hadir sama Timbalan Presiden Harley-Davidson Motor Company Asia Pasifik, Rodney Copes dan Timbalan Presiden Eksekutif Naza Prestige Bikes Sdn Bhd, Datuk SM Zulkifli SM Amin.

“Kami memberikan segalanya bermula dengan motosikal, aksesori, pakaian, alat ganti, penyelenggaraan kepada pembeli yang memilih mana-mana model daripada Harley-Davi dson.

“Kami mengakui motosikal ini mempunyai pengikut setia dan gaya hidup tersendiri,” katanya.

Katanya, sebagai penghargaan kepada peminat, Naza Pres tige Bikes akan membawa masuk model terbaru edisi khas Harley-Davidson sempena sambutan ulang tahun ke-105 tahun ini.

“Sebagai persediaan, kami turut melatih dan menghantar kakitangan ke Pusat Latihan Pelanggan Harley-Davidson bagi membolehkan segala masalah dan layanan kelas satu di berikan kepada pelanggan.

“Selain itu, pusat sehenti ini nanti akan berhubung dan berkongsi data secara terus dengan Ibu Pejabat Harley-Davi dson di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat ketika pelanggan melakukan pendaftaran atau penyelenggaraan.

Harga terendah yang ditawarkan bagi model Harley-Davi dson adalah RM54,000 seunit.

“Kami tidak boleh memberikan harga paling mahal kerana motosikal ini mempunyai pelbagai aksesori dan harga te rendah itu (RM54,000) adalah harga permulaan (entry line),’ katanya.

Katanya, jika mendapat permintaan menggalakkan, pi haknya akan mempertimbangkan membuka sebuah lagi pusat sehenti Harley-Davidson di Johor Bahru.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker