» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Kelebihan tayar CSC 3

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



BUAT pertama kalinya, Continental Sime Tyre Marketing (CSTM) menjadi penaja tayar utama bagi acara Program Latihan Pemandu (DT) BMW Malaysia tahun ini.

Program berkenaan adalah satu kursus komprehensif yang merangkumi latihan teori dan praktikal bagi pemandu menghadapi saat kecemasan dengan lebih yakin dan bersedia.


Selain itu, program yang dikawal selia pengajar terlatih daripada BMW itu turut mendidik pemandu supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan seharian.

Dalam sesi yang berlangsung sepanjang April lalu hingga Ogos ini, semua jentera BMW menggunakan tayar ContiSportContact 3 sebagai tayar rasmi.

Menurut Pengarah Jualan CSTM, Choong Kee Seng, kerjasama dengan BMW membolehkan peserta merasai kelebihan tayar CSC 3 itu.

“Objektif utama ialah untuk memperbaiki sikap dan kemahiran melalui program berstruktur, membolehkan pemandu lebih bersedia ketika kecemasan.

“Tayar ContiSportContact 3 yang dijadikan sebagai tayar rasmi program ini berjaya membuktikan tahap prestasi yang cukup tinggi,” katanya.

Menurut Choong, ContiSportContact 3 menawarkan cengkaman jitu pada permukaan jalan basah dan kering selain memendekkan jarak membrek.

“Jalur unik pada bunga tayar ini membolehkan air dikeluarkan dengan pantas ketika meredah laluan basah selain mengekalkan cengkaman tayar.

“Program ini sejajar dengan kempen keselamatan yang dianjurkan CSTM di negara ini,” katanya.

Sebanyak 10 BMW Siri 325 mengambil bahagian dalam program ini dan semua kenderaan terbabit dilengkapi dengan tayar ContiSportContact 3.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker