Latio Impul beri kepuasan maksimumOleh Mohd Razlan Sallehmrazlan@hmetro.com.my IMPUL adalah nama yang cukup gah dan dikenali di kalangan peminat kenderaan berkuasa tinggi terutama bagi mereka yang menggunakan jentera keluaran Nissan.
Pengenalan model Latio talaan Impul dibawa masuk Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), baru-baru ini se memangnya dinantikan penggemar kenderaan yang sentiasa mahukan sebuah kereta yang ditala badan profesional bagi menjamin mutu yang tinggi. Pengalaman memandu uji Nissan Latio 1.6ST-M sedan memang pengalaman yang dapat tidak dilupakan. Manakan tidak, hampir setiap mata memandang jentera terbaru edaran ETCM setiap kali memintas beberapa kenderaan yang diubah suai pemiliknya. Walaupun Latio sedan kelihatan sedikit kompak, sentuhan daripada syarikat talaan terkenal Jepun itu membuatkannya nampak lebih tegap dan gagah. Latio Impul hanya memainkan peranan pada sudut luaran saja dan tidak termasuk talaan terhadap enjin. Latio Impul masih menggunakan enjin sama iaitu 1.6L DOHC 16 injap. Walaupun tidak ditala Impul, keupayaan asal enjin Nissan tidak perlu dipertikaikan lagi dengan daya tork yang me ngagumkan selain terasa ringan apabila pedal dipijak. Berbalik kepada bahagian luaran, Latio Impul dihasilkan dengan beberapa ciri sport menggunakan barangan Impul tulen untuk beberapa komponennya. Antaranya, set rim aloi berjejari 17 inci Impul NS GTII berharga RM4,800 setiap set yang hanya seberat 6.48 kilogram (kg) tetapi tahan lasak. Ada dua warna rim ditawarkan iaitu emas dan perak. Bagaimanapun, rim berwarna perak kurang menyerlah dan hanya ditawarkan berdasarkan permintaan. Teknologi Impul Aerokit menyerlahkan penampilan di namik Latio dengan padanan set jeriji depan baru, spoiler dan skirt sisi yang menjadi mercu kecemerlangan Impul dalam mempertingkatkan prestasi kenderaan keluaran Nissan. Bagi memberikan lebih ciri dan karakter sport, sistem suspensi turut diberi perhatian apabila Impul membekalkan set lengkap suspensi untuk versi ini. Ini menjadikan Latio Impul lebih rendah dan berjaya mengurangkan daya tujahan angin melalui pusat graviti yang lebih rendah. Peredam bunyi daripada 'Blast II' menjadi perkara terakhir yang dibekalkan Impul untuk kereta ini dan ngaumannya tidak terlalu kuat tetapi memadai dengan imej sporty yang dibawanya. Penggunaan ekzos berkenaan sedikit sebanyak membaiki respons enjin kepada yang lebih baik. Ini kerana, bagi pasaran Jepun, Latio Impul 1.5L dilengkapi dengan kit Supercharger supaya lebih berkuasa. Walaupun begitu, Latio Impul memberikan kepuasan pe manduan yang maksimum dengan kendalian yang lebih mantap disebabkan keadaan kereta yang lebih rendah (di rendahkan 25 milimeter berbanding asal) serta penggunaan rim yang lebih lebar. Apa yang pasti, Latio Impul lebih stabil dan tegap ketika melalui jalan berselekoh selain dibantu sistem suspensi yang sedikit keras. Bagaimanapun, hentakan pasti terasa apabila melalui jalan tidak rata dan perkara berkenaan adalah lumrah bagi sebuah jentera yang menggunakan suspensi sport ala perlumbaan. Kesimpulannya, dengan harga RM94,386.00 termasuk in surans, Latio Sport sememangnya menjadi idaman setiap lelaki bujang selain keluasan ruang dalamannya pula cukup sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga. SPESIFIKASI Nissan Latio Impul 1.6ST-M Enjin: 1.6 DOHC 16 injap dengan CVTC Kuasa maksimum: 109hp @ 6,000rpm Tork maksimum: 153Nm @ 4,400rpm Transmisi: Manual lima kelajuan Ciri keselamatan: ABS, EBD, BA, Beg Udara SRS Harga: RM94,386 (termasuk insurans) Tayar yang dicadangkan: Dunlop Formula D 01 205/45R17 84V |