myMetro

Konvoi rai ulang tahun UIAM

Oleh Samadi Ahmad
samadi@hmetro.com.my

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), me nganjurkan konvoi bermotosikal dan kereta bagi mem promosikan ulang tahun ke-25 universiti itu kepada ma syarakat, baru-baru ini.

Program dua hari itu disertai lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan serta mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti berkenaan.

Selain berkonvoi, peserta turut didedahkan dengan amalan pemanduan berhemah serta mematuhi peraturan jalan raya di bawah kelolaan Bahagian Trafik Bukit Aman.

Dengan memilih kawasan kampus induk UIAM di Gombak bagi memulakan gelanggang, kumpulan pertama konvoi yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar yang menung gang motosikal.

Konvoi yang pada awalnya bergerak ke beberapa kolej kediaman universiti berkenaan turut mendidik pelajar me ngenai kempen penggunaan topi keledar di dalam kawasan kampus bagi tujuan keselamatan.

Seterusnya, konvoi terbabit bergerak ke dua lagi cawangan UIAM iaitu Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) di Damansara dan Pusat Asasi di Petaling Jaya, Selangor.

Melalui konvoi itu, peserta akan mengemukakan beberapa soalan kuiz berkaitan UIAM di setiap destinasi yang di singgahi bertujuan menilai tahap pengetahuan warga uni versiti berkenaan.

Jika pelajar dapat menjawab dengan tepat, mereka menerima beberapa barangan cenderahati yang dibawa peserta konvoi di samping mengedarkan pelekat sambutan ke 25 tahun UIAM.

Sementara itu, peserta berkereta memilih cawangan Pusat Asasi di Nilai, Negeri Sembilan dan Kulliyyah Perubatan di Indramahkota, Pahang sebagai lokasi konvoi.

Sebanyak 20 kereta terbabit yang diwakili beberapa jabatan dan kulliyyah di UIAM.

Program berkenaan dirasmikan Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid.

Menurut Syed Arabi, pihak universiti amat menghargai pembabitan peserta dalam konvoi berkenaan terutama bagi meraikan dan mempromosikan sambutan UIAM.

“Program yang dianjurkan ini memberi manfaat yang sangat baik kepada warga UIAM terutama dalam memberikan pengetahuan kepada masyarakat luar berkaitan kewujudan universiti berkenaan,” katanya.

Presiden MPP UIAM, Muhammad Adib Hatim, berkata pihaknya sangat berbesar hati kerana diberikan peluang menganjurkan program julung kali bersama kakitangan.

“Konvoi ini dapat menggarap semangat kerjasama dan silaturahim di kalangan peserta terutama dalam membantu pihak universiti menjalankan kempen dan pelbagai program lain,” katanya.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad