myMetro

Magsaver jimat petrol, wang




RAMAI yang marah-marah dan tidak kurang mengambil keputusan drastik menggunakan pengangkutan awam selepas pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel, baru-baru ini.

Memang terasa kenaikan itu terutama yang sering ber ulang-alik dari tempat kerja atau perlu melakukan tugas luar, bercuti atau balik kampung.

Justeru, ramai pengguna kenderaan mula memikir bertukar kepada gas cecair asli (NGV) atau alternatif lain untuk menjimatkan penggunaan minyak.

Bagi mereka yang tercari-cari kaedah berkesan menjimatkan minyak, Magsaver, produk keluaran Jepun yang diperke nalkan Megasave Marketing & Services Sdn Bhd (Megasave) sejak 2004 adalah jawapannya.

Pengurus Operasi Pemasarannya, Affendi Che Ismail, ber kata pihaknya prihatin beban yang terpaksa ditanggung pengguna kenderaan berikutan kos petrol dan diesel yang tinggi.

Beliau berkata, penggunaan Magsaver diharap dapat me ringankan beban pengguna kenderaan kerana ia boleh men jimatkan sehingga 35 peratus petrol.

Selepas empat tahun produk ini berada di pasaran, pihaknya menerima maklum balas positif daripada pengguna ken deraan dan penjimatan maksimum Magsaver boleh dicapai selepas tiga bulan penggunaannya.

Beliau berkata, jumlah itu pasti menjimatkan berikutan peningkatan mendadak harga petrol dan diesel di pasaran.

“Bukan sekadar menjimatkan minyak, Magsaver juga me ningkatkan kuasa pecutan kenderaan sehingga 20 peratus.

“Alat ini dihasilkan daripada magnet berkuasa tinggi dan jaminan terhadap ketahanan hayatnya tanpa mengganggu prestasi dan enjin kenderaan,” katanya.

Menurutnya, langkah bertukar kepada NGV memang baik tetapi kosnya tinggi berbanding harga Magsaver yang boleh dimiliki sesiapa saja.

“Pemasangan produk ini tidak memerlukan kerja ubah suai seperti pemotongan wayar atau hos selain dijamin tiada kesan sampingan terhadap enjin.

“Magsaver dipasang pada salur bahan api pada jarak antara dua sentimeter hingga satu meter dari karburetor atau sistem suntikan minyak,” katanya.

Antara sistem enjin baru yang diuji penggunaannya ialah kenderaan menggunakan sitem iVtec, VVTi, Vanos, DVVT, CamPro, VTC, Turbo, Super-Charge dan CPS.

Orang ramai yang berminat memasang, menjadi ejen atau mahukan maklumat lanjut mengenai produk itu, boleh menghubungi talian 1800881991, 013-3433889, 018-3883489 atau laman web www.magsaver.com.my.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad