myMetro

Hyundai perkenal kit sistem gas

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

BERIKUTAN harga bahan api tempatan yang tinggi, pe ngedar kereta jenama Hyundai, Oriental-Hyundai Sdn Bhd memperkenalkan kit sistem gas asli kenderaan (NGV) khas kepada pelanggan yang menggunakan model Sonata, Elantra dan Accent.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusannya, Datuk Robert Wong, berkata pihaknya memasarkan sistem berkenaan membabitkan tiga saiz silinder berbeza iaitu 55, 63 dan 65 liter.

“Pemasangan sistem NGV ini bermula dengan harga antara RM5,850 hingga RM6,300 bergantung kepada model dan kapasiti silinder yang dikehendaki.

“Kami menggunakan silinder jenis ringan diimport se penuhnya (CBU) dari Lo Gas SRL, Itali selain menggunakan besi fiber yang mematuhi standard ISO 11439,” katanya.

Hadir sama Presiden Calma Company Ltd, Masahiko Nogami dan Presiden Lo Gas SRL, Diego Lolato.

Robert berkata, pihaknya memasarkan kira-kira 200 unit pelbagai model yang dilengkapi dengan sistem itu kepada pelanggan yang menempahnya.

“Penggunaan NGV diakui mengurangkan pencemaran uda ra dan lebih selamat berbanding bahan api lain.

“Selain itu, ia mampu mengurangkan penggunaan petrol dan pengguna boleh menjimatkan wang,” katanya.

Pada majlis itu juga, Robert turut melancarkan dua model versi terbaru Hyundai Accent 1.5L dan Hyundai Elantra X20 CVVT masing-masing dengan pilihan kit badan Coranzon2 Sport selain Sistem Mengikut Tempahan Inovasi (Incus) dan Hyundai Mobis bagi model Elantra.

Hyundai Mobis adalah syarikat sekutu Hyundai Motor Company di Korea.

“Semua komponen kit badan Corazon2 Sport Hyundai Accent 1.5L diimport terus dari Calma Co Ltd, Jepun yang pakar dalam reka bentuk kit automotif.

“Pakej kit badan Corazon2 menampilkan gril Honeycomb dengan lambang Corazon2, bumper depan, dua skirt tepi dan dua skirt bumper belakang,” katanya.

Katanya, bagi model Hyundai Elantra X20 CVVT, semua komponen kit badan itu adalah asli dan diimport terus dari Incus dan Hyundai Mobis, yang juga syarikat sekutu Hyundai Motor Company.

Hyundai Accent dengan pakej kit badan Corazon2 di tawarkan pada harga RM2,500 dengan harga atas jalan bermula bagi edisi standard antara RM59,999 hingga RM65,888 dengan pilihan empat warna.

Hyundai Elantra X20 CVVT pula dijual bermula RM93,888 tidak termasuk pilihan kit badan yang direka bersama Incus dan Hyundai Mobis Korea.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad